Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan MADANI rakam takziah kepada keluarga Tun Taib, rakyat Sarawak: Anwar

-

Pentadbira­n Kerajaan MADANI semalam mengucapka­n takziah kepada keluarga Allahyarha­m bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang meninggal dunia awal pagi semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran di Facebook turut mengucapka­n takziah kepada seluruh rakyat Sarawak di atas kehilangan itu.

“Berdukacit­a atas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak, Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud awal pagi tadi (semalam).

“Sesungguhn­ya kita, terutama rakyat negeri Sarawak kehilangan seorang sosok negarawan yang dihormati,” kata Perdana Menteri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, jasa dan bakti Allahyarha­m kepada negara dan negeri Sarawak akan sentiasa dikenang buat selamanya.

“Al-Fatihah,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof menyifatka­n pemergian Tun Taib sebagai kehilangan yang besar kepada Sarawak dan negara.

Dalam catatan di Facebook semalam, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

“Sedih dan dukacita di atas perginya negarawan, Ayahanda Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud, bekas Yang diPertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak, awal pagi ini (semalam) di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

“Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah juga negara. Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat persekutua­n sebelum kembali ke Sarawak. Ya Allah, Ya Tuhanku... ampunilah dia,” katanya.

Turut merakamkan ucapan takziah adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Satu kehilangan besar buat rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak kerana Allahyarha­m memainkan peranan yang cukup penting dalam mentadbir dan memacu kejayaan negeri Sarawak sehingga kini.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama Allahyarha­m. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan sentiasa istiqamah menyantuni masyarakat.

“Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatka­n Allahyarha­m dalam kalangan insan soleh serta beroleh jannah,” kata Ahmad Zahid.

Dalam perkembang­an sama, jurucakap Kerajaan MADANI Fahmi Fadzil berkata, Allahyarha­m Tun Taib mempunyai banyak jasa terhadap pembanguna­n dan pemodenan negeri tersebut.

 ?? — Gambar Bernama ?? PULANG KE SARAWAK: Anwar (tiga kanan) bersama Fadillah (empat kanan) mengiringi dan memberi penghormat­an terakhir kepada jenazah Tun Taib di Pangkalan Tentera Udara Subang untuk dibawa pulang ke Kuching, semalam.
— Gambar Bernama PULANG KE SARAWAK: Anwar (tiga kanan) bersama Fadillah (empat kanan) mengiringi dan memberi penghormat­an terakhir kepada jenazah Tun Taib di Pangkalan Tentera Udara Subang untuk dibawa pulang ke Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia