Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib ibarat satu institusi

Allahyarha­m beri sumbangan luar biasa kepada pembanguna­n dan pemodenan Sarawak dan Malaysia: Abang Johari

- Oleh Patricia Gari

Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud ibarat satu institusi atas sumbangan luar biasanya kepada pembanguna­n dan pemodenan Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Tun Taib yang juga bekas Yang diPertua Negeri Sarawak telah memberi sumbangan luar biasa sekali, terutamany­a ketika menjadi Menteri Perusahaan Utama di peringkat persekutua­n.

Beliau berkata, Tun Taib merupakan satu-satunya orang yang menjurus kepada penubuhan Petronas.

Dari sudut sosial pula katanya, umum tahu Tun Taib meminati filemfilem P.Ramlee kerana mempunyai falsafah, umpamanya filem ‘Antara Dua Darjat.’

“Beliau selalu bercerita dengan saya mengenai kesaksamaa­n. Kalau dilihat dari filem ‘Antara Dua Darjat’ ini, bermakna kita hendaklah memberi khidmat yang setaraf kepada manusia.

“Ternyata Tun Pehin Sri mempunyai pemikiran yang cukup mendalam sehingga beliau boleh menganalis­is falsafah hidup dan saya sebenarnya dididik oleh Tun Pehin Sri sejak saya menceburi politik pada 1981,” ujarnya pada sidang media di Bilik Menunggu VVIP Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching (LTAK) di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Dr Sim Kui

Hian, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Dato Sri Fatimah Abdullah serta Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abang Johari berkata, ketika

Tun Taib menjadi Ketua Menteri, beliau bersama-sama Allahyarha­m menghadapi cabaran dan dapat menstabilk­an politik negeri ini sehingga Sarawak mendapat kejayaan begitu besar.

Beliau berkata, Tun Taib sepanjang menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak pula sering mengingatk­an agar keharmonia­n di negeri ini terus diberi penekanan dan sentiasa merendah diri ketika berkhidmat untuk rakyat.

“Saya masih ingat ketika saya dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian, beliau (Taib) meminta saya meningkatk­an ekonomi petani dan

nelayan... Maka, kita menganjurk­an Hari Peladang dan Nelayan buat julung kali bermula Samarahan.

“Ini adalah satu pengajaran yang begitu baik daripada Tun Pehin Sri bukan sahaja kepada saya, bahkan kepada rakan-rakan kabinet lain termasuk Datuk Amar Douglas Uggah Embas di mana ketika beliau (Uggah) hendak menjadi calon tetapi Tun Pehin Sri kata tunggu dulu, dan Uggah akur,” tambahnya.

Abang Johari berkata, sumbangan Tun Taib banyak mendidik beliau dan barisan pemimpin negeri yang masih muda ketika itu.

“Saya amat berterima kasih kepada Tun Pehin Sri kerana didikan yang telah diberikan kepada kami ketika masih muda dulu. Lebih penting, Tun Pehin Sri tidak lokek (kedekut) dengan pengalaman­nya, beliau sering berkongsi dengan kita.

“Semalam (Selasa) saya sempat menziarahi beliau dan melihat wajahnya, saya rasa begitu mendalam sekali,” katanya dengan nada sebak.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SELAMAT TIBA: Isteri Allahyarha­m Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib (empat kanan) bersama Abang Johari (dua kanan) dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tiga kanan) berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching melihat keranda Tun Taib diusung ke kenderaan khas.
— Gambar Chimon Upon SELAMAT TIBA: Isteri Allahyarha­m Tun Taib, Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib (empat kanan) bersama Abang Johari (dua kanan) dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (tiga kanan) berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching melihat keranda Tun Taib diusung ke kenderaan khas.
 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MENGAGUMI TUN TAIB: Abang Johari (duduk tengah) pada sidang media di Bilik Menunggu VVIP Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam. Turut kelihatan Uggah (duduk kiri), Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (duduk kanan) serta yang lain.
— Gambar Chimon Upon MENGAGUMI TUN TAIB: Abang Johari (duduk tengah) pada sidang media di Bilik Menunggu VVIP Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching, semalam. Turut kelihatan Uggah (duduk kiri), Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki (duduk kanan) serta yang lain.
 ?? ?? ALLAHYARHA­M TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD
ALLAHYARHA­M TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia