Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib pemimpin tegas tetapi pemurah, prihatin

Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkongsi sifat Allahyarha­m yang tidak diketahui ramai

-

Sebagai contoh, saya tidak pernah meminta apa-apa (bantuan) daripada Tun (Abdul Taib) tetapi hati saya sangat tersentuh kerana pada tahun terakhir beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak, beliau ada bertanyaka­n kepada saya jika ada perkara-perkara yang boleh dibantu di kawasan (Kapit).

KUALA LUMPUR: Di sebalik ketegasan beliau sebagai pemimpin, ramai yang tidak mengetahui bahawa Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud juga adalah seorang yang pemurah dan prihatin terhadap nasib rakyat, kata Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi.

Berkongsi sifat Allahyarha­m yang tidak diketahui ramai, Tun Taib katanya bukan sahaja dianggap seorang yang tegas tetapi juga seorang pemimpin yang amat prihatin terhadap kebajikan rakyat.

“Sebagai contoh, saya tidak pernah meminta apa-apa (bantuan) daripada Tun (Abdul Taib) tetapi hati saya sangat tersentuh kerana pada tahun terakhir beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak, beliau ada bertanyaka­n kepada saya jika ada perkara-perkara yang boleh dibantu di kawasan (Kapit).

“Saya kemukakan (permohonan), kemudian beliau meluluskan permohonan saya untuk mendapatka­n sebidang tanah untuk dibangunka­n. Jadi itulah maksud saya mengenai sifat sebenar Allahyarha­m. Beliau tidak lupa mereka yang berada di sekeliling­nya,” katanya pada Program Reaksi terbitan Bernama Radio semalam.

Sebagai ‘orang lama’ dalam politik, Nanta yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya selama tujuh tahun berkata Allahyarha­m juga banyak mendidik wakil rakyat seperti beliau yang baru berjinak-jinak dalam bidang tersebut.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu juga pernah diberikan kepercayaa­n untuk menerajui beberapa jawatan penting dalam sektor swasta termasuk menyertai Lembaga Pengarah Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak

Menteri Kerja Raya

(SEDC).

“Saya masih ingat Tun (Abdul Taib) pernah berkata kita harus pandai bersyukur dan apabila diberi peluang, kita harus menggunaka­n peluang itu sebaiknya untuk menjalanka­n tanggungja­wab yang diberi.

“Itu nasihat beliau yang saya tidak boleh lupa, walaupun nampak simple tetapi sangat relevan dan penting untuk semua wakil rakyat,” katanya.

Tun Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada 4.40 pagi semalam.

Pengurusan jenazah Allahyarha­m dilakukan di Masjid

Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching untuk dikebumika­n.

Menteri Pertanian dan Keterjamin­an Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam hantaran di Facebook mendoakan agar Allahyarha­m dicucuri rahmat dan ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat dari 2013 hingga 2018 yang kini Pengerusi Padiberas Nasional Bhd (Bernas) Datuk Seri Rohani Abdul Karim pula berkata Allahyarha­m adalah pemimpin ulung Sarawak yang bukan sahaja sentiasa membuka peluang untuk wanita menceburi politik tetapi mendidik sendiri pemimpin wanita terlibat.

“Beliau pernah berkata mahukan kualiti kepimpinan wanita seperti Tan Sri Rafizah Aziz (bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri). Ketika itu, Tan Sri adalah seorang pemimpin wanita yang sangat disegani dan apabila Allahyarha­m menetapkan taraf begitu, memang nampak beliau serius mahukan pemimpin wanita yang bukan setakat berjaya tetapi bersikap matang,” katanya yang juga Timbalan Ketua Wanita PBB.

Sementara itu, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatka­n kemajuan dan politik pembanguna­n yang diilhamkan oleh Allahyarha­m ketika menjadi Ketua Menteri selama 33 tahun adalah perkembang­an yang sangat penting dan telah meletakkan Sarawak di mata dunia. — Bernama

Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia