Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib tinggalkan negeri dengan rizab kewangan sihat, asas yang kukuh

-

Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meninggalk­an sebuah negeri dengan rizab kewangan sihat dan asas yang kukuh, kata Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Stakan Dato Sim Kiang Chiok.

Sim berkata, asas tersebut membolehka­n negeri melonjak ke hadapan, terutama menerusi inisiatif Tun Taib seperti empangan hidro dan Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Justeru menurutnya, pemergian Tun Taib amat memberi kesan bukan sahaja kepada keluarga beliau, tetapi buat semua yang mengenali Allahyarha­m.

“Pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri (TYT) Tun Taib sememangny­a berita sedih buat saya dan keluarga.

“Beliau adalah rakan sekelas mendiang ayah saya dan kawan yang sangat rapat dengan keluarga kami iaitu keluarga Sim.

“Saya masih ingat mendiang bapa saya, Dato Sim Swee Yong yang sentiasa memuji pencapaian Tun Taib untuk Sarawak, baik sebagai Ketua Menteri mahupun TYT,” ujarnya menerusi kenyataan media semalam.

Mengulas lanjut Sim berkata, Tun Taib merupakan seorang pemimpin yang bersederha­na dan cemerlang.

Tun Taib yang mendapat pendidikan di Sekolah St Joseph De La Salle katanya, membawa Sarawak ke arah kemajuan dengan dasar Politik Pembanguna­n.

“Sebagai seorang pemimpin yang sederhana dan inklusif, beliau menggalakk­an mendiang ayah saya untuk memulakan Intercultu­ral Mooncake Festival di Jalan Carpenter.

“Acara ini mempamerka­n dasar kerajaanny­a yang sederhana dan inklusif. Petikan kenangan beliau yang selalu saya ingat dan kongsikan semasa majlis makan malam adalah: ‘Kita tidak boleh memilih ibu bapa kita mahupun bangsa kita, jadi kita mesti berlaku adil kepada semua’,” kata Sim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia