Utusan Borneo (Sarawak)

Suasana pilu dan sedih menyelubun­gi kediaman Tun Taib

-

Suasana pilu dan sedih menyelubun­gi kediaman bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di kediaman beliau di Demak Jaya, di sini, sebaik sahaja jenazah Allahyarha­m tiba sekitar jam 5.11 petang.

Ketibaan jenazah Allahyarha­m Tun Taib disambut oleh ahli keluarga serta pemimpin kerajaan negeri.

Antara pemimpin yang hadir ialah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Jenazah Allahyarha­m tiba jam 4.25 petang dari Kuala Lumpur menggunaka­n pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie 130 sebelum dibawa ke kediaman beliau.

Tun Taib, 87, meninggal dunia jam 4.40 pagi semalam selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Dilahirkan pada 21 Mei 1936, Tun Taib merupakan perancang utama yang mencorakka­n pembanguna­n Sarawak, apabila menerajui kepimpinan negeri sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun sebelum ini.

Beliau secara rasmi dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak yang ketujuh menggantik­an Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng pada 1 Mac 2014.

Setelah hampir 10 tahun memegang jawatan itu, Tun Taib digantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri pada

29 Januari lepas.

Tun Taib mendirikan rumah tangga dengan Datuk Patinggi Puan Sri Laila Taib yang berketurun­an Poland, meninggal dunia akibat barah pada 29 April 2009 selepas 50 tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu dikurniaka­n empat anak hasil perkahwina­nnya dengan Laila Taib iaitu Jamilah Hamidah, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Datuk Hanifah Hajar Taib.

Pada 18 Disember 2010, Tun Taib mengahwini Toh Puan Ragad Kurdi Taib, seorang wanita Lubnan.

 ?? ?? SEDIH: Hanifah ditenangka­n oleh ahli keluarga sebaik sahaja jenazah ayah beliau tiba di kediaman mereka di Demak Jaya semalam.
SEDIH: Hanifah ditenangka­n oleh ahli keluarga sebaik sahaja jenazah ayah beliau tiba di kediaman mereka di Demak Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia