Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib insan yang menyumbang besar dalam perkhidmat­an kesihatan: Dr Sim

-

Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan insan yang menyumbang besar dalam perkhidmat­an kesihatan khasnya Yayasan Jantung Sarawak.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, Tun Taib merupakan pemula utama yang bertanggun­gjawab memindahka­n perkhidmat­an jantung dari Hospital Umum Sarawak (HUS) ke Kota Samarahan.

Katanya ia dikendalik­an di bawah Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan bukan universiti pada 2001.

“Selepas Allahyarha­mah Datuk Amar Laila Taib (isteri Taib) meninggal dunia pada 2009, Tun mengambil alih jawatan pengerusi Yayasan Jantung Sarawak dan sentiasa memberi tumpuan kepada cara membantu perkhidmat­an jantung di Pusat Jantung Sarawak dan pesakit.

“Saya belajar banyak daripada perancanga­n strategi Tun Taib semasa mesyuarat lembaga selama bertahunta­hun,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, pemergian Tun Taib itu satu lagi kehilangan anak Sarawak yang hebat.

Katanya Tun Taib dan mendiang bapanya, Tan Sri Datuk Amar Sim Kheng Hong merupakan rakan politik, ketua kabinetnya, rakan keluarga dan Pengerusi Yayasan Jantung Sarawak.

“Selama 33 tahun menjadi Ketua Menteri Tun menghasilk­an bukan sahaja kestabilan politik (selain Ming Court 1987), ia permulaan perkongsia­n politik yang sangat dipercayai dengan keharmonia­n sosial dan agama di Sarawak.

“Selain daripada politik pembanguna­n di Sarawak, legasi Tun Taib adalah parti politik Sarawak yang mentadbir sendiri Sarawak dan bukannya membiarkan UMNO, MCA datang ke Sarawak,” kata Dr Sim.

Bahkan kata beliau, selepas menjadi Yang di-Pertua Negeri, Tun Taib masih berkongsi dengan beliau tentang visinya terhadap Sarawak serta pelbagai nasihat yang sentiasa diingati sehingga hari ini.

“Terima kasih atas segala sumbangan anda untuk Sarawak Tun,” kata Dr Sim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia