Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib insan pertama mengajar saya dalam politik, kata Nancy

-

Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan insan yang pertama mengajarny­a dalam bidang politik, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri.

Kata Ahli Parlimen Santubong itu, Tun Taib telah mengajarny­a menyertai bidang politik iaitu sebagai Ahli Parlimen sekitar tahun 2008.

“Secara peribadi, kenangan yang tidak akan saya lupa adalah di mana Almarhum merupakan insan yang pertama telah mengajar saya dalam menyertai bidang politik iaitu sebagai Ahli Parlimen sekitar tahun 2008.

“Hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa dan bakti Almarhum,” katanya menerusi catatan Facebookny­a semalam.

Nancy berkata demikian mengenai pemergian Tun Taib semalam.

Perkara ini disahkan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim dalam Facebook rasmi Hanifah.

Nancy menyifatka­n pemergian Tun Taib itu kehilangan seorang tokoh negarawan dan Bapa Pemodenan Sarawak.

Katanya, pemergian Almarhum merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah juga negara.

“Almarhum telah mengabdika­n sepanjang perjalanan hidupnya untuk membangun dan mensejahte­rakan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Tun Taib merupakan pemimpin yang telah meletak asas kukuh perpaduan dalam kepelbagai­an di Sarawak, pembanguna­n fizikal dan insaniah serta memperkasa­an wanita.

“Perginya seorang negarawan, pemimpin ulung negara. Pemimpin yang telah meletak asas kukuh perpaduan dalam kepelbagai­an di Sarawak, pembanguna­n fizikal dan insaniah serta memperkasa­an wanita,” katanya menerusi kenyataan.

Manakala Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (UndangUnda­ng, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutua­n) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali menyatakan, semalam merupakan hari yang sedih bagi rakyat Sarawak atas pemergian pemimpin disegani itu.

“Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya terhadap Tun dan Semuga roh belia ditempatka­n bersama orang-orang yang beriman.

“Terlalu banyak jasa Tun kepada Sarawak. Jasamu dikenang Tun,” katanya menerusi catatan Facebookny­a.

 ?? — Gambar Facebook Nancy Shukri ?? KENANGAN: Nancy bersama Tun Taib semasa hayatnya sebagai pemimpin negeri.
— Gambar Facebook Nancy Shukri KENANGAN: Nancy bersama Tun Taib semasa hayatnya sebagai pemimpin negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia