Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib perancang induk, arkitek hebat bagi Sarawak yang moden, bersatu dan progresif

-

Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan perancang induk dan arkitek hebat bagi Sarawak yang moden, bersatu dan progresif.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, mantan Yang di-Pertua Negeri itu sememangny­a memainkan peranan yang sangat penting dalam mentadbir dan memacu kejayaan Sarawak.

Dalam politik, Tun Taib amat membanggak­an dan merupakan pemimpin yang berjaya memimpin Sarawak melalui politik saling hormat-menghormat­i dan kerjasama di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak.

“Ia sekali gus menjamin keharmonia­n dan perpaduan yang kita nikmati di sini hari ini,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian mengenai pemergian mantan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam.

Uggah berkata, pemergian Tun Taib merupakan satu kehilangan besar kepada Sarawak dan negara.

“Visi dan komitmen penuh

beliau untuk memoden dan membangunk­an Sarawak seperti sekarang tidak akan dilupakan.

“Kami ingin mengucapka­n takziah kepada keluarga Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud,” katanya.

Sementara itu, mantan Yang di-Pertua Negeri dan Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur awal pagi semalam.

Perkara itu disahkan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim turut mengesahka­n berita pemergian Tun Taib.

“Kembalinya ayahanda Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Abdul Taib kepada penciptany­a kira-kira jam 4.40 pagi tadi.

“Pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, Sarawak,” katanya menerusi hantaran di laman media sosial milik Hanifah pagi semalam.

 ?? ?? UGGAH
UGGAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia