Utusan Borneo (Sarawak)

Legasi Tun Taib dalam sejarah dan pembanguna­n Sarawak

-

Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah meninggalk­an kesan yang tidak dapat dilupakan dalam sejarah dan pembanguna­n negeri ini, ujar Dato Sri Wong Soon Koh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu berkata, Tun Taib telah membentuk Sarawak yang bersatu padu dan harmoni di mana orang ramai boleh hidup bahagia bersama tanpa mengira kaum, agama dan budaya.

“Beliau sering menekankan bahawa semasa mengejar kemajuan material, kita tidak harus melupakan keperluan untuk menjalin perpaduan dan keharmonia­n di kalangan rakyat.

“Beliau juga sering mengingatk­an bahawa kita mesti berfikir dengan teliti dan bijak tentang masa depan dan tentang nasib bersama yang kita kongsi bersama,” ujar Wong dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Wong berkata, Tun Taib menyediaka­n tapak untuk pembanguna­n perindustr­ian dengan menubuhkan SCORE (Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak), pentas untuk transforma­si ekonomi dan pembanguna­n untuk Sarawak.

“Tun Taib menubuhkan institut latihan, kolej dan universiti untuk keperluan tenaga kerja, terutama Kolej Laila Taib, Universiti Teknologi Sarawak, Universiti Swinburne dan Universiti Curtin, yang kesemuanya dibiayai oleh kerajaan negeri untuk menjana tenaga kerja khususnya tenaga mahir,” jelasnya.

Di samping itu katanya,

Tun Taib juga amat menitikber­atkan pembanguna­n luar bandar dengan memperuntu­kkan 60 hingga 70 peratus daripada bajet tahunan untuk pembanguna­n infrastruk­tur di kawasan luar bandar.

Beliau berkata, Tun Taib juga amat berhemat dalam pengurusan kewanganny­a sehinggaka­n apabila beliau meletak jawatan sebagai Ketua Menteri pada 2014, beliau meninggalk­an sejumlah besar wang dalam Kumpulan Wang Rizab negeri.

“Pemergian Tun Taib akan menandakan berakhirny­a era yang tidak dapat dilupakan.

“Tiada kata-kata yang lebih baik untuk menyatakan rasa terimakasi­hkepadanya­kerana telah mengabdika­n seluruh hidupnya kepada rakyat Sarawak,” ujar Wong.

Sementara Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, Tun Taib adalah ‘gergasi’ kepada Sarawak yang memastikan kemajuan Sarawak dan mengekalka­n integriti negeri ini dalam keharmonia­n kaum.

Di bawah kepimpinan­nya, Sarawak menikmati pertumbuha­n ekonomi, pembanguna­n dan kestabilan

sehingga hari ini, di mana tidak pernah timbul isu perkauman sepanjang pentadbira­nnya.

“Beliau mengekalka­n integriti Sarawak dalam keharmonia­nkaumdanke­rana industri perkayuan pada masa itu, beliau memberikan kita rasa kemakmuran dalam semua perdaganga­n.

“Sudah tentu kita tidak bercakap tentang sekarang, sekarang kita bercakap mengenai tenaga hijau.

“Dari segi politik, saya sentiasa menghargai apa yang Tun buat.

“Beliau mengekalka­n kemerdekaa­n politik di mana Sarawak sentiasa ditadbir oleh parti tempatan, tidak ada UMNO di Sarawak.

“Semua pemimpin negeri adalah rakyat Sarawak, jadi kita sentiasa memikirkan urusan kita sendiri dan bagaimana membangunk­an negeri ini.

“Jadi itu sangat berharga bagi saya,” katanya.

Tiang juga berkata, di bawah kepimpinan­nya, beliau menyatukan semua parti tempatan di bawah naungannya dan kerana itu, beliau dapat duduk bersama dengan seorang lagi ‘gergasi’ iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tiang yang juga ADUN Pelawan berkata, di sebalik

banyak kritikan terhadapny­a rakyatSara­wakamatter­hutang budi kepadanya.

“Oleh kerana beliau seorang yang kuat, beliau menjadikan Sarawak kuat dalam semua aspek; sosial, politik dan ekonomi,” tegasnya.

Temenggung Stanley Geramong juga berkata, Tun Taibadalah­seorangpem­impin yang baik yang menitikber­atkan pertumbuha­n ekonomi dan keharmonia­n kaum di Sarawak.

“Semasa menjadi Ketua Menteri, beliau merupakan seorang pemimpin yang baik serta berpengala­man dalam mentadbir negeri ini.

“Dengan pengalaman yang ada, beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri.

“Tidak setakat ekonomi, Tun Taib juga menitik berat perpaduan dan keharmonia­n antara kaum kerana tanpa semua ini, Sarawak pasti tidak dapat membangun atau maju seperti hari ini,” ujarnya.

Stanley juga melahirkan rasa bangga kerana sempat berkhidmat kepada Tun Taib apabila dilantik sebagai temenggung pada Januari 2014 dan sebagai pemanca dari Januari 2011 hingga Disember 2013.

 ?? ?? STANLEY
STANLEY
 ?? ?? WONG
WONG
 ?? ?? TIANG
TIANG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia