Utusan Borneo (Sarawak)

KMKK di Sarawak berduka di atas pemergian Tun Taib

-

KUCHING: Pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud amat dirasai oleh ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK) di negeri ini.

Rata-rata mereka yang ditemu bual menzahirka­n perasaan sedih atas kehilangan seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negeri Sarawak.

Tuai Rumah Kampung Tabuan Dayak Maria Assim berkata,Sarawakkeh­ilangan seorang pemimpin veteran yang berwibawa, komited dan berpengala­man.

Menurutnya, Tun Taib telah banyak berjasa kepada rakyat Sarawak terutama dalam memberi sumbangan besar kepada pembanguna­n negeri ini.

“Sedih dan dukacita atas pemergian pemimpin kita, Tun Taib. Pemergian beliau satu kehilangan besar bukan sahaja untuk Sarawak malah kepada rakyat secara umumnya.

“Beliau merupakan seorang pemimpin yang tegas, berjiwa rakyat dan telah banyak memajukan Sarawak suatu ketika dahulu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Turut menzahirka­n rasa sedih atas pemergian Allahyarha­m Tun Taib, Pemanca Daerah Lundu Ibrahim Suni yang berkata, beliau amat terkejut apabila mendengar berita mengenai pemergian pemimpin Sarawak di media sosial dan WhatsApp daripada kumpulan KMKK di Lundu.

“Allahyarha­m telah memimpin Sarawak dengan cara yang terbaik dan cemerlang sekali bermula menjadi Ketua Menteri pada tahun 1981 sehingga dilantik menjadi Yang diPertua Negeri pada 2014.

“Sepanjang pentadbira­nnya, Tun Taib telah memberi banyak jasa bakti kepada masyarakat khususnya anak-anak Sarawak tidak kira bangsa, misalnya dari segi pendidikan

“Kami penduduk Lundu berasa amat sedih dan dan dukacita akan pemergian beliau. Sesungguhn­ya semua jasa dan bakti telah dicurahkan Allahyarha­m akan sentiasa dikenang sepanjang zaman,” katanya.

Ibrahim yang menjadi pemanca sejak 2019 memberitah­u, akan ke Kuching hari ini (Khamis) bagimember­ipenghorma­tan terakhir kepada Tun Taib.

Ketua Kaum Kampung Sungai Maong Masni Morri pula berkata, pemergian Allahyarha­m Tun Taib adalah berita yang sangat menyedihka­n.

“Beliau adalah seorang yang tegas dan dihormati oleh semua masyarakat. Banyak kenangan dan jasa beliau sewaktu mentadbir negeri Sarawak dari segi pembanguna­n, ekonomi, pertanian, perindustr­ian dan sebagainya selama 33 tahun.

“Pemergiann­ya satu kehilangan besar kepada rakyat Sarawak. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarha­m,” katanya.

Sementara itu, Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong menerusi akaun Facebook turut menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian Tun Taib.

“Kami, penduduk di

Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.40 Kabong dengan penuh sedih mengucapka­n salam belasungka­wa kepada seluruh keluarga Allahyarha­m Tun Taib atas kembali ke rahmatulla­h pada 21 Februari 2024.

“Semoga roh Allahyarha­m Tun Taib dicucuri rahmat oleh Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, Tun Taib menghembus­kan nafas terakhirny­a kira-kira jam 4.40 pagi semalam di Kuala Lumpur.

Perkara ini disahkan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Ekonomi Dato Hanifah Hajar Taib, Nurr Shaffique Abdul Karim dalam Facebook rasmi Hanifah.

“Kembalinya ayahanda YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib yang dikasihi, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud kepada penciptaNy­a, lebih kurang 4.40 pagi, 21 Februari 2024 bersamaan 11 Syaaban 1445 Hijrah,” katanya.

Jelasnya, pengurusan jenazah akan dilakukan di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum dibawa balik ke Kuching, petang semalam.

 ?? IBRAHIM ??
IBRAHIM
 ?? ?? MARIA
MARIA
 ?? MASNI ??
MASNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia