Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak kehilangan tokoh pemimpin cemerlang: Dr Annuar

Tun Taib beri sumbangan besar terhadap pembanguna­n, kesejahter­aan Sarawak selama 33 tahun sebagai ketua menteri

- Oleh Andy Sabang

Selama tempoh kepimpinan­nya, Sarawak mengalami kemajuan pesat dalam pelbagai sektor.

SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, dengan pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semalam, Sarawak telah kehilangan tokoh pemimpin yang cemerlang.

Katanya, Allahyarha­m Tun Taib telah memberikan sumbangan yang besar terhadap pembanguna­n dan kesejahter­aan Sarawak selama memegang jawatan ketua menteri selama 33 tahun.

Dr Annuar berkata, keberanian beliau dalam mengemudi negeri ini menuju kemajuan ekonomi dan kesejahter­aan rakyatnya tidak dapat disangkal.

“Selama tempoh kepimpinan­nya, Sarawak mengalami kemajuan pesat dalam pelbagai sektor.

“Salah satu pencapaian paling gemilang beliau adalah penubuhan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) sejak 10 tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini,

Datuk Dr Annuar Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

semalam.

Terdahulu, beliau menyempurn­akan Majlis Program Akademik Baharu Bachelor of Science In Occupation­al Safety and Health (Honours) di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, UTS.

Dr Annuar yang juga Pengerusi UTS memberitah­u, penubuhan universiti itu telah menandakan komitmen Allahyarha­m terhadap pendidikan di samping membuka peluang kepada generasi muda Sarawak

mengejar kecemerlan­gan dalam bidang ilmu pengetahua­n dan teknologi.

Katanya, sumbangan Allahyarha­m juga tidak hanya terbatas kepada aspek pembanguna­n fizikal tetapi juga mencermink­an kesanggupa­n untuk mendengar dan memahami keperluan pelbagai lapisan masyarakat Sarawak.

“Beliau dikenali sebagai pemimpin yang inklusif, mementingk­an keharmonia­n antara pelbagai etnik di negeri ini,” ujarnya.

DrAnnuarya­ngmerupaka­n antara calon yang dipilih di bawah pimpinan Tun Taib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2011 turut berkongsi kenangan bersama Allahyarha­m.

Beliau menekankan pesanan Allahyarha­m tentang pentingnya kerjasama antara pelbagai etnik di Sarawak dan keperluan untuk melihat kepentinga­n bersama bagi semua lapisan masyarakat.

“Seluruh negeri Sarawak kini merasai kehilangan besar ini dan semangat kepimpinan Tun Abdul Taib Mahmud akan dikenang selamanya,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Dr Annuar mengadakan sidang media selepas pelancaran program akademik UTS yang baharu semalam.
KENANGAN: Dr Annuar mengadakan sidang media selepas pelancaran program akademik UTS yang baharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia