Utusan Borneo (Sarawak)

Program baharu UTS janji peluang pekerjaan luas

UTS menawarkan program Sarjana Muda Sains dalam Kesihatan dan Keselamata­n Pekerjaan (Kepujian)

- Oleh Andy Sabang Datuk Dr Annuar Rapaee Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

SIBU: Program Bachelor Of Science In Occupation­al Safety And Health (Honours) atau Sarjana Muda Sains dalam Kesihatan dan Keselamata­n Pekerjaan (Kepujian) yang ditawarkan di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menjanjika­n peluang pekerjaan luas kepada golongan muda terutama dalam sektor pembinaan, minyak dan gas yang terus berkembang.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, program tersebut mendapat maklum balas positif daripada industri terutama dalam hal penyeliaan keselamata­n tapak, pemeriksaa­n keselamata­n dan pemegang kad hijau (CIDB).

Katanya, dengan pertumbuha­n pesat industri pembinaan, minyak dan gas di Sarawak program ini dianggap sangat sesuai untuk memenuhi keperluan pekerja dalam industri yang kini berkembang pesat.

“Kepentinga­n keselamata­n di tempat kerja menjadi fokus utama terutama dengan adanya projek-projek besar seperti kilang hidrogen dan kilang metanol di Bintulu yang melibatkan situasi berbahaya.

“Program yang baharu ditawarkan ini diharapkan memberikan pemahaman yang menyeluruh tentang tindakan darurat dan standard keselamata­n yang perlu diikuti,” katanya semasa mengadakan sidang media selepas majlis perasmian program

tersebut semalam.

Dr Annuar berkata, pentadbir program turut menekankan bahawa program ini bukan hanya untuk industri tertentu, bahkan merangkumi pelbagai sektor.

Selain itu, program ini memberi tumpuan kepada pemahaman hak pekerja dan tanggungja­wab syarikat, memberikan wawasan yang penting untuk bekerja dalam persekitar­an yang selamat dan sihat.

“Dengan menitikber­atkan pada aspek ini, peserta program diharapkan dapat memahami hak mereka di tempat kerja serta tanggungja­wab yang perlu mereka tunaikan sebagai pekerja.

“Program ini bertujuan memberdaya­kan peserta supaya mampu menjaga keselamata­n dan kesihatan diri mereka di tempat kerja.

“Ini melibatkan kesedaran terhadap hak untuk bekerja

dalam keadaan yang selamat, menerima latihan yang mencukupi dan dilindungi daripada bahaya yang mungkin timbul di tempat kerja,” ujarnya.

Katanya, pihak pentadbir program turut menekankan bahawa jurusan tersebut bukan hanya untuk industri tertentu tetapi merangkumi pelbagai sektor.

Selain itu, pindaan Undang-undang Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 2022 menjadikan program ini sesuai dengan peraturan, selain menunjukka­n keseriusan pihak berkuasa dalam memastikan keselamata­n di tempat kerja.

“Dengan pertumbuha­n ekonomi dan inisiatif pemerintah di Sarawak, diharapkan program ini tidak hanya memberikan peluang pekerjaan tetapi juga meningkatk­an standard keselamata­n di berbagai sektor industri,” ujar beliau.

“Kepentinga­n keselamata­n di tempat kerja menjadi fokus utama terutama dengan adanya projek-projek besar seperti kilang hidrogen dan kilang metanol di Bintulu yang melibatkan ” situasi berbahaya.

 ?? ?? WAWASAN: Dr Annuar (empat kiri) merakam gambar bersama kumpulan pelajar pertama yang menyertai program tersebut semalam.
WAWASAN: Dr Annuar (empat kiri) merakam gambar bersama kumpulan pelajar pertama yang menyertai program tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia