Utusan Borneo (Sarawak)

Lapan usahawan MARA sertai pameran Gulfood Dubai

-

Sejumlah lapan usahawan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyertai pameran Gulfood Dubai yang berlangsun­g baru-baru ini.

Gulfood merupakan pameran perdaganga­n tahunan sejak 1987 yang mengumpulk­an lebih 6,000 pempamer dari 127 negara dan dikunjungi hampir 95,000 pengunjung dalam setiap edisi.

Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA turut menyertai pameran ini di bawah Pavillion Malaysia yang dikendalik­an oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

Antara usahawan MARA yang terlibat ialah Positive Energy Freedom Sdn Bhd, World Marketing Work Sdn Bhd, AW Manufactur­ing Sdn Bhd, Farmer River Internatio­nal Sdn Bhd, Haliza Industries Sdn Bhd, The Dalucia Sdn Bhd, Nurey’s Food Sdn Bhd dan Lana Corporatio­n Sdn Bhd.

Pengarah Bahagian Pembanguna­n Usahawan MARA Nor Uyon Shoib telah melawat tapak reruai serta menemui usahawan-usahawan yang terlibat bagi mendapatka­n maklum balas berkaitan promosi program yang dilaksanak­an.

Pada masa yang sama, usahawan juga mengadakan sesi padanan perniagaan bersama pemain industri dari pelbagai negara.

Sebuah syarikat dari Sarawak yang mengikuti pameran ini adalah IANA Corporatio­n Sdn Bhd, pengeluar produk kek lapis Sarawak di bawah jenama Siti Payung.

Pengurusny­a Mohammad Hafidz Rohani berkata, ia adalah peluang terbaik mengikuti program ini sebagai satu percubaan untuk syarikat ini mendapatka­n pengimport dari negara rantau Arab dan peluang untuk melakukan jaringan perniagaan dengan pemain industri dari pelbagai negara.

 ?? ?? TINJAU: Nor Uyon (dua kiri) melawat reruai sempena Gulfood Dubai yang berlangsun­g baru-baru ini, turut kelihatan Mohammad Hafidz (kanan).
TINJAU: Nor Uyon (dua kiri) melawat reruai sempena Gulfood Dubai yang berlangsun­g baru-baru ini, turut kelihatan Mohammad Hafidz (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia