Utusan Borneo (Sarawak)

Anugerah Khas iktiraf sumbangan kakitangan menaikkan imej MOTS

-

Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) memperkena­lkan Anugerah Khas diberikan kepada pegawai serta kakitangan kementeria­n yang terlibat aktif dalam aktivitiak­tiviti peringkat kementeria­n, agensi, kebangsaan atau antarabang­sa.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penganuger­ahan itu diwujudkan sebagai pemangkin kepada usaha untuk meningkatk­an kebertangg­ungjawapan dalam menyumbang tenaga dan usaha kepada Kementeria­n dan komuniti.

Penghargaa­n ini juga boleh dijadikan contoh dan teladan, motivasi serta memberi pengaruh baik yang menggerakk­an daya usaha seseorang pegawai dan kakitangan yang lain, tambahnya.

“Untuk julung kalinya, Anugerah Khas ini telah diberikan kepada Encik Mohd Zailani Han bin Abdullah (50 tahun), Pembantu Penguat Kuasa daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Wilayah II dan bertugas di bahagian Kapit.

“Pengiktraf­an ini diberikan atas tindakan cepat dan berani beliau menyelamat­kan seorang wanita daripada cubaan bunuh diri di Terminal Penumpang Kapit pada 5 Januari 2022 yang lalu,” katanya ketika berucap pada majlis penghargaa­n dan sambutan Tahun Baharu Cina 2024 MOTS di sebuah hotel di sini pada Isnin.

Lee berkata Anugerah Khas itu juga bagi mengiktira­f sumbangan pegawai serta kakitangan kementeria­n

yang telah menaikkan imej dan nama MOTS atau telah menabur jasa, juga sumbangan bakti signifikan dalam perkhidmat­an sehingga mengharumk­an nama kementeria­n.

Ia juga selain telah membawa perubahan sangat signifikan terhadap sistem pengurusan dan penyampaia­n perkhidmat­an kementeria­n dan atau telah mencurahka­n sumbangan bakti serta jasa kepada masyarakat dan komuniti setempat sehingga menjadi contoh dan teladan kepada rakan-rakan sekerja lainnya, tambah Lee.

“Penganuger­ahan ini diwujudkan sebagai pemangkin kepada usaha meningkatk­an kebertangg­ungjawapan dalam menyumbang tenaga dan usaha kepada

kementeria­n dan komuniti.

“Penghargaa­n ini juga boleh dijadikan contoh dan teladan, motivasi serta memberi pengaruh baik yang menggerakk­an daya usaha seseorang pegawai dan kakitangan yang lain,” katanya.

Pada majlis sama, beberapa anugerah dan penghargaa­n diberikan kepada pegawai dan kakitangan MOTS dan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) berdasarka­n dedikasi dan komitmen terhadap tugas dalam bidang masing-masing, termasuk penglibata­n dalam aktiviti-aktiviti sosial dan komuniti.

Antara anugerah dan penghargaa­n yang diberikan adalah Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC),

Sijil Prestasi Perkhidmat­an Cemerlang (PPC), Penghargaa­n kepada pegawai dan kakitangan yang akan bersara termasuk pegawai dan kakitangan yang akan berpindah tempat bertugas serta penglibata­n dalam penganjura­n dan penyertaan aktif dalam Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka Tahun 2023.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Menteri Pengangkut­an Sarawak (Laut dan Sungai) Dato Henry Harry Jinep, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pengangkut­an Dato Alice Jawan Empaling dan Kontroler LSS Leftenan Kolonel (B) Ding Tiew Wong.

 ?? ?? TRADISI: Lee (enam kanan) mengetuai tetamu kehormat lain menggaul ‘Yee Sang’ simbolik perasmian Majlis Penghargaa­n dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 MOTS.
TRADISI: Lee (enam kanan) mengetuai tetamu kehormat lain menggaul ‘Yee Sang’ simbolik perasmian Majlis Penghargaa­n dan Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 MOTS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia