Utusan Borneo (Sarawak)

1,711 peserta dapat bantuan lesen memandu B2 Parlimen Batang Lupar

-

Seramai 1,717 peserta dari seluruh kawasan Parlimen Batang Lupar telah berjaya mendapatka­n lesen memandu kelas B2 (lesen motosikal) menerusi Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen (B2) Peringkat Batang Lupar anjuran Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Dataran Tandang Sari, Pusa dekat sini baru-baru ini.

Peserta terbabit terdiri daripada penduduk dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Batang Lupar iaitu Lingga, Beting

Maro dan Sebuyau.

Program ini sedikit sebanyak telah membantu masyarakat kurang berkemampu­an untuk memiliki sekurang-kurangnya lesen motosikal bagi mengurangk­an kesalahan menunggang kenderaan tanpa lesen di atas jalan raya.

Dalam pada itu, setelah menjalani ujian bertulis dan ujian praktikal sepanjang lima bulan pelaksanaa­n program ini yang bermula Oktober lepas, setiap peserta layak menerima Lesen Memandu Percubaan (Lesen P) masing-masing.

Terdahulu, Majlis Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen (B2) dan Penyerahan Lesen telah disempurna­kan Timbalan Menteri Pengangkut­an Malaysia merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli, Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili, Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Noraini Mohd Nawi, Pegawai Khas Premier Sarawak Dato Bujang Helmi Hazmi, Timbalan Residen Bahagian Betong Mahra Salleh, Pemangku Pegawai Daerah Pusa Jamain Wahab, ketua jabatan dan agensi kerajaan serta ketua masyarakat dan ketua kaum tempatan.

 ?? ?? BERJAYA: Hasbi menyampaik­an replika lesen kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an (dari kanan) Mahra dan Shafizan.
BERJAYA: Hasbi menyampaik­an replika lesen kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an (dari kanan) Mahra dan Shafizan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia