Utusan Borneo (Sarawak)

Dua sekawan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan cubaan bunuh seorang lelaki

-

Dua sekawan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen semalam atas pertuduhan cubaan membunuh seorang lelaki di sebuah kedai makan di Jalan Matang, di sini pada Ogos 2023.

Mohd Khairozie Wasli, 28 dan Suhaimi Jamani, 29, masing-masing membuat pengakuan tersebut sebaik didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.

Seksyen berkenaan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dua sekawan itu didakwa dengan niat bersama telah mencederak­an mangsa lelaki berusia 36 tahun dengan menggunaka­n senjata tajam yang mungkin menyebabka­n kematian dan membawa kepada pembunuhan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan mereka dalam satu kejadian pada 21 Ogos 2023, sekitar jam 2.19 pagi di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Matang di sini.

Sebaik sahaja pengakuan tidak bersalah direkodkan, Hakim Afidah Abdul Rahman memerintah­kan kedua-dua tertuduh masing-masing diberi ikat jamin RM8,000 berserta seorang penjamin tempatan yang mempunyai pekerjaan dan beralamat tetap.

Afidah juga menetapkan 22 Mac 2024 sebagai tarikh pengurusan kes.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshafati­hah Nor Azmi sementara dua kawan tersebut tidak diwakili peguam.

Dalam pada itu, seorang daripada rakan tertuduh yang turut terlibat dalam kejadian sama iaitu Mohamad Aiman Yusri, 20, telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun di Mahkamah Sesyen di sini pada 5 September 2023, selepas mengaku bersalah di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Media terdahulu melaporkan mangsa diserang oleh be

berapa orang lelaki sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian yang tular dan dilaporkan berlaku di sebuah premis di kawasan Matang, di sini.

Laporan terdahulu juga menyatakan lelaki-lelaki tersebut mendakwa mangsa berhutang dengan mereka, namun perkara ini dinafikan oleh mangsa.

 ?? ?? DIDAKWA: Dua sekawan tersebut diiring polis keluar dari kamar Mahkamah Sesyen selesai sebutan kes semalam.
DIDAKWA: Dua sekawan tersebut diiring polis keluar dari kamar Mahkamah Sesyen selesai sebutan kes semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia