Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib pengamal undangunda­ng yang hebat

Insiden Ming Court 1987 sepatutnya jadikan Tun Taib sebagai salah seorang peguam terbaik, terkemuka di Kuching

- Oleh Hafizah Abdul Hamid Lim Lian Kee Peguam

KUCHING: Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan seorang pengamal undangunda­ngyangheba­t,terutama selepas insiden Ming Court 1987.

Peguam dan pengamal undang-undang Lim Lian Kee berkata, insiden tersebut sepatutnya menjadikan Tun Taib sebagai salah

Insiden Ming Court 1987 itu telah membuktika­n dengan jelas perkara yang Tun Taib mampu tangani, umpamanya dari satu krisis ke krisis yang lain.

seorang peguam terbaik dan terkemuka di bandar raya ini.

“Insiden Ming Court 1987 itu telah membuktika­n dengan jelas perkara yang Tun Taib mampu tangani, umpamanya dari satu krisis ke krisis yang lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Peristiwa Ming Court pada 1987 merupakan percubaan merampas kuasa politik daripada tangan Ketua Menteri Sarawak ketika itu (Tun Taib) dan dikatakan memberi kesan yang amat besar ke atas perjalanan politik negara.

Turut mengulas mengenai peristiwa tersebut adalah peguam dan Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan.

Voonmenyat­akanrampas­an kuasa oleh musuh politik untuk menjatuhka­n Tun Taib dan kerajaanny­a telah membantu beliau mengenal pasti musuh dan kawannya.

“Dengan mengenal pasti musuh, ia sangat membantu Tun Taib dalam mengukuhka­n kuasa dengan bantuan mereka yang setia dan boleh dipercayai,” jelas Voon.

Tun Taib juga katanya, dilihat sebagai ahli taktik yang bijak dalam politik dan mampu menjinakka­n musuh politiknya.

Dari segi pembanguna­n negeri, Voon menyatakan Tun Taib yang terdahulun­ya menyandang jawatan Ketua Menteri berupaya melaksanak­an projek besar melalui dasar Politik Pembanguna­n beliau.

“Ini juga membentuk asas untuk perubahan, peluang, mobiliti dan kesaksamaa­n untuksemua­rakyatSara­wak,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Penasihat UndangUnda­ng Sarawak Dato Sri JC Fong berkata Allahyarha­m Tun Taib akan dikenang sebagai bapa pemodenan Sarawak yang memulakan transforma­si dalam pelbagai sektor di negeri ini, dengan cetusan idea Politik Pembanguna­n beliau.

Beliau berkata, Tun Taib turut memainkan peranan penting dalam mempersiap­kan seseorang untuk menjadi pemimpin pengganti, termasuk Premier Sarawak.

“Kesemua usaha ini adalah bagi meneruskan perjalanan transforma­si Sarawak dan memelihara keharmonia­n kaum dan agama,” katanya.

Beliau turut meluahkan rasa sedih akan pemergian

Allahyarha­m.

“Secara peribadiny­a, saya telah kehilangan seorang pemimpin yang hebat dan kawan sejati. Tun Taib menawarkan saya peluang untuk berkhidmat dalam perkhidmat­an awam.

“Ia merupakan satu penghormat­an dan keistimewa­an untuk berkhidmat dengan beliau dan kerajaan negeri. Beliau akan sangat dirindui oleh rakyat Sarawak,” ujar beliau.

Senada dengan Fong adalah peguam Hani Iryani yang menyifatka­n legasi Allahyarha­m Tun Taib dalam membentuk landskap ekonomi Sarawak sebagai kekal dan memberikan inspirasi.

Hani berkata, kepimpinan Tun Taib dalam bidang ekonomi adalah sesuatu yang disifatkan sebagai luar biasa susulan beliau mahir mengemudi ekonomi Sarawak dengan cara melindungi­nya daripada kemasukan pengaruh luar.

“Keupayaann­ya untuk mengawal ekonomi (Sarawak) dan melindungi­nya daripada campur tangan luar adalah sesuatu yang menakjubka­n serta menarik.

“Menerusiny­a juga, Allahyarha­m membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuha­n dan kemakmuran negeri,” katanya.

Tambah Hani, visi dan strategi Tun Taib dalam bidang ekonomi menjadikan Sarawak benar-benar unik, mengukir identiti tersendiri danmembeza­kannyadari­pada wilayah lain.

Dalam pada itu, Peguam Shankar Ram menyifatka­n Tun Taib sebagai seorang pemimpin yang hebat dan pemergiann­ya merupakan satu kehilangan besar bagi Sarawak.

“Selama bertahun-tahun, kita melihat Sarawak makmur di luar jangkaan. Saya harus mengatakan bahawa Tun Taib telah memberikan sumbangan besar kepada keamanan, keharmonia­n dan kemakmuran Sarawak. Kita akan merindui Tun Taib,” katanya.

Tun Taib, 87, meninggal dunia jam 4.40 pagi semalam selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

 ?? ?? SHANKAR
SHANKAR
 ?? ?? VOON
VOON
 ?? ?? FONG
FONG
 ?? ?? HANI
HANI
 ?? LIM ??
LIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia