Utusan Borneo (Sarawak)

Akibat persenda busana tradisiona­l Iban, Ryzal ‘Duriankimc­hi’ didenda RM10,000

-

Seorang pempengaru­h media sosial dikenali sebagai Ryzal ‘Duriankimc­hi’ didenda RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen semalam kerana mempersend­akan busana tradisiona­l wanita kaum Iban.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Azreena Aziz setelah meneliti kesemua aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukann­ya serta mengambil kira kepentinga­n awam.

Ryzal Duriankimc­hi atau nama sebenarnya Nik Muhammad Rizal Nik Ibrahim, 31, dari Kota Bharu, Kelantan, telah didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) (ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 (Akta 588) dan dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya.

Menurut keterangan kes, pada jam 10.23 pagi, 27 Mei 2021, seorang pengadu telah membuat laporan polis dengan mendakwa sekitar jam 8 malam, 26 Mei 2021, semasa melayari laman sosial Facebook, dia telah menonton sebuah video di bawah akaun Duriankimc­hi dengan kandungan mempersend­a

kan pakaian tradisiona­l kaum Iban.

Kejadian itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 3.30 petang, 26 Mei 2021 di bilik solek sebuah stesen televisyen swasta di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Berikutan laporan polis itu, tertuduh yang juga pemilik akaun Duriankimc­hi di Facebook telah dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield­s untuk dirakamkan keterangan, manakala telefon bimbitnya turut dirampas untuk dijadikan barang kes.

Hasil siasatan yang dilakukan mendapati tertuduh yang berkahwin dengan seorang wanita warga Korea dikenali sebagai You Narae@

Maryam, merupakan pempengaru­h media sosial serta pencipta kandungan di beberapa laman sosial.

Semasa kejadian, tertuduh menemani isterinya di bilik solek berkenaan sebelum hadir ke satu program terbitan stesen swasta berkenaan.

Ketika itu, tertuduh telah merakam gambar isterinya yang memakai busana pakaian tradisiona­l kaum Iban iaitu ‘ngepan indu’ sambil memberi komen dengan menyamakan aksesori dan busana tersebut seperti ‘sementing duit syiling’ yang sepatutnya disimpan dalam poket, ‘tango’ sebagai kain alas peti televisyen, ‘kain kebat @ kain karap’ sebagai kain buruk dan ‘ngepan Iban’ sebagai langsir, selampai bahagian dada sebagai tikar dan tali pinggang sebagai tali pinggang pengakap.

Sebanyak 27 laporan polis yang dibuat terhadap tertuduh berhubung kejadian itu telah dikemukaka­n oleh pihak pendakwaan untuk diterima pakai sebagai bahan bukti mahkamah.

Di hadapan mahkamah, peguam bela Firdaus Morshidi yang mewakili tertuduh merayu agar hukuman ke atas anak guamnya diringanka­n memandangk­an ini adalah kesalahan pertamanya.

Tambahan dia telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan anak guamnya amat menyesal di atas kesalahan yang telah dilakukann­ya itu.

Sementara itu, pihak pendakwa memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai peringatan atau pengajaran kepada masyarakat di luar sana agar tidak melakukan kesalahan serupa.

Tindakan tertuduh yang tidak menghormat­i pakaian tradisiona­l kaum Iban bukan hanya memberi kesan kepada pengadu sahaja tetapi keseluruha­n masyarakat Iban.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fillanny Siji dan dibantu TPR Ahmad Ihsan Jalalludin.

 ?? ?? BERSALAH: Rizal (tengah) dan peguam belanya Firdaus (kanan) serta Mohd Ikmal Iqbal Baharuddin (pelatih dalam kamar).
BERSALAH: Rizal (tengah) dan peguam belanya Firdaus (kanan) serta Mohd Ikmal Iqbal Baharuddin (pelatih dalam kamar).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia