Utusan Borneo (Sarawak)

Kes bunuh dan cederakan wanita, pemandu van ketahui nasib 26 Mac

-

Pemandu van ladang kelapa sawit yang didakwa membunuh dua wanita warga Indonesia dan menyebabka­n kecederaan parah terhadap seorang lagi mangsanya dalam kejadian di Daro pada 2022, bakal mengetahui nasibnya pada 26 Mac ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Wong Siong Tung memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap pemandu van terbabit, Ahmad Robin, 31.

Wong berkata, beliau memerlukan lebih masa untuk mempertimb­angkan keterangan dan hujah kedua-dua pihak dalam kes terbabit dan menetapkan tarikh penghakima­n baharu pada 26 Mac ini, jam 9 pagi.

Ahmad menghadapi dua pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana didakwa membunuh Pandang Sarang dan Muli Laha, dan satu pertuduhan mengikut Seksyen 326 Akta sama kerana menyebabka­n kecederaan parah terhadap wanita ketiga bernama Tene.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad didakwa membunuh Pandang sekitar jam 11 pagi di ladang kelapa sawit di Daro pada 11 Februari 2022.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa membunuh Muli di ladang kelapa sawit lain di Daro kira-kira jam 11 malam hari yang sama.

Ahmad ditahan di Jalan Sentral, Daro sekitar jam 3.30 petang pada 12 Februari 2022.

Mayat kedua-dua mangsa masing-masing ditemui terapung di Batang Lassa dan Sungai Daro pada 12 Februari dan 14 Februari 2022.

Tene yang turut dipukul

dan dicampak ke sungai oleh tertuduh bagaimanap­un ditemui terselamat di Jalan Tebaang, berhampira­n tempat kejadian pada 12 Februari 2022.

Tertuduh diwakili peguam bela Ben Lau dan pendakwaan kes oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto.

 ?? ?? TUNGGU KEPUTUSAN: Ahmad (kiri) diiringi keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Tinggi menetapkan 26 Mac ini untuk membuat keputusan kes.
TUNGGU KEPUTUSAN: Ahmad (kiri) diiringi keluar dari mahkamah selepas Mahkamah Tinggi menetapkan 26 Mac ini untuk membuat keputusan kes.
 ?? ?? MUSNAH: Anggota bomba sedang menjalanka­n operasi pemadaman di tempat kejadian kelmarin.
MUSNAH: Anggota bomba sedang menjalanka­n operasi pemadaman di tempat kejadian kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia