Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga dakwa penguat kuasa minta wang suapan di Limbang

Pengadu dakwa kejadian berlaku ketika beliau jadi saksi kes curi

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Seorang peniaga membuat laporan polis selepas mendakwa ada anggota penguat kuasa yang meminta wang suapan berjumlah RM2,000 ketika menjadi saksi satu kes curi di sini, hujung November lepas.

Laporan polis itu dibuat Wong Geok Siong, 52, pada Isnin lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang kira-kira jam 2.59 petang.

Beliau berkata, satu laporan turut dibuat di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) Cawangan Limbang pada hari yang sama untuk tindakan dan siasatan lanjut.

“Laporan polis ini dibuat agar Ketua Polis Negara, Pesuruhjay­a Polis Sarawak dan SPRM Putrajaya khususnya dapat menyiasat perkara ini dengan serius terhadap anggota penguat kuasa yang terlibat dalam salah guna kuasa dengan meminta suapan daripada orang awam,” katanya kepada media, semalam.

Katanya, laporan polis ini juga dibuat agar masalah rasuah tidak terus merebak dan menjadi penyakit dalam masyarakat sebagaiman­a yang diberi tumpuan kerajaan sekarang, selain demi keselamata­nnya serta keluargany­a.

Katanya, pada masa sama dengan adanya laporan polis ini dapat menggalakk­an lebih ramai mangsa untuk tampil.

“Kami sebagai peniaga hanya ingin mencari rezeki untuk menampung keluarga, bukannya ditindas dan diperlakuk­an sewenang-wenangnya kerana negara ada undang-undang,” katanya lagi.

Beliau turut berharap pemimpin tempatan dapat memandang isu rasuah ini dengan lebih serius di peringkat akar umbi.

Pada penghujung November lepas kata Wong, beliau memberi kerjasama sebagai saksi bagi satu kes curi di

mana suspek telah menjual barangan curi di kedainya.

Ketika kejadian katanya, beliau berada di premisnya dan didatangi suspek untuk menjual barangan tersebut.

Beliau terlebih dahulu memaklumka­n kepada suspek bahawa premisnya tidak akan mengambil barangan curi dan suspek berpura-pura menjual barangan bukan curi seperti yang dipaparkan

dalam kamera litar tertutup di premisnya.

Tiga hari kemudian, premisnya didatangi anggota penguat kuasa yang memintanya hadir ke IPD untuk menjadi saksi satu kes curi.

Katanya, beliau perlu memberanik­an diri untuk mendedahka­n kejadian itu kerana tidak mahu isu rasuah terus berleluasa.

“Kami sebagai peniaga hanya ingin mencari rezeki untuk menampung keluarga, bukannya ditindas dan diperlakuk­an sewenangwe­nangnya kerana negara ada undangunda­ng. ” Wong Geok Siong Peniaga

 ?? ?? TUNTUT TINDAKAN: Wong menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian tersebut.
TUNTUT TINDAKAN: Wong menunjukka­n laporan polis yang dibuatnya mengenai kejadian tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia