Utusan Borneo (Sarawak)

PBOA redah hutan belantara demi Orang Asli

-

KETIKA kebanyakan rakyat negara ini boleh mendapatka­n rawatan kesihatan di klinik atau hospital dengan mudah, masyarakat Orang Asli di kawasan pedalaman berdepan kekangan kerana perlu menempuh jarak perjalanan yang jauh untuk ke bandar atas faktor geografi.

Namun di sebalik keterbatas­an itu tetap ada sinar buat mereka kerana Pasukan Bergerak Orang Asli (PBOA) cekal meredah hutan belantara untuk memberi perkhidmat­an kesihatan.

Pegawai Perubatan PBOA Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Gua Musang Dr Muhammad Aiman Aziz, 30, berkata menempuh jarak perjalanan yang panjang, meredah jalan ladang dan balak yang tidak begitu baik serta berdepan cuaca yang tidak menentu menjadi asam garam buat anggota unit tersebut.

“Klinik bergerak PBOA menawarkan perkhidmat­an kesihatan kepada Orang Asli seperti pemeriksaa­n saringan diabetes, bacaan tekanan darah, pemeriksaa­n ibu mengandung, pemeriksaa­n bayi baru lahir serta rawatan pesakit luar.

“Setiap kali masuk ke kawasan pedalaman unit PBOA akan turut membawa bersama bekalan ubatubatan, vaksin, alat-alat untuk digunakan semasa sesi klinik dan kad-kad rawatan,” katanya ketika ditemui Bernama di penempatan Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Hau, di Gua Musang baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Dr Muhammad Aiman berkata terdapat tujuh Pos Orang Asli di daerah itu, empat lokasi iaitu Pos Hau, Pos Gob, Pos Belatim dan Pos

Pasik berada di bawah bidang kuasa PBOA PKD Gua Musang manakala tiga lagi iaitu Pos Balar, Pos Simpor dan Pos Bihai dikendalik­an pasukan bantuan daripada PKD Tanah Merah, Bachok dan Machang.

“Setiap minggu unit PBOA PKD Gua Musang melibatkan seorang pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan (dua), jururawat (empat), pembantu perawatan kesihatan (seorang) dan ahli farmasi (seorang) serta tiga pemandu akan pergi ke sebuah pos Orang Asli.

“Petugas pasukan itu perlu bermalam di kawasan pedalaman kerana setiap kali mereka membuka klinik bergerak ia memerlukan tempoh yang lama seperti empat hari tiga malam, lima hari empat malam malah sekiranya keadaan cuaca tidak begitu baik mereka perlu berada lebih lama di hutan belantara,” katanya.

Di sebalik cabaran yang dihadapi, keletihan petugas PBOA hilang kerana kehadiran mereka sentiasa dinanti-nantikan masyarakat Orang Asli.

Menurut Dr Muhammad Aiman PBOA PKD Gua Musang merupakan unit perkhidmat­an kesihatan kepada komuniti Orang Asli paling besar di negara ini dianggotai tiga pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan (tiga), jururawat (12), pembantu perawatan kesihatan (dua) serta empat pemandu.

“Apabila masuk ke kawasan pedalaman, klinik bergerak dibuka di dua hingga tiga kampung setiap hari bergantung pada keperluan. Sekiranya keadaan memerlukan kami akan buka juga klinik bergerak pada

waktu malam,” katanya.

Tiga tahun berada dalam unit PBOA, Dr Muhammad Aiman mengakui pengalaman yang diperoleh anggota unit itu berbeza berbanding bertugas di hospital atau klinik kesihatan.

“Pada awalnya saya sendiri tidak begitu jelas apa peranan unit ini sebab bila bercakap mengenai perkhidmat­an kesihatan kita hanya terfikir klinik atau hospital sahaja tetapi rupanya ada pasukan kesihatan bergerak ke kawasan pedalaman.

“Sepanjang tiga tahun dalam unit ini pelbagai pengalaman saya peroleh bukan sahaja melibatkan jarak perjalanan yang panjang malah terpaksa bergerak pada waktu malam untuk merawat Orang Asli yang cedera parah diserang harimau,” katanya.

Tony Jaa, Nek Bintang,

Latifah, Manja adalah itu sebahagian daripada puluhan nama pesakit yang diingati dengan baik oleh jururawat unit PBOA, Siti Nuraisyah Mohd Asri, 32.

Bukan sekadar mengingati nama, Siti Nuraisyah yang berasal dari Kuala Krai juga boleh mengesan sekiranya ada pesakit yang perlu dirawat, namun tidak hadir ketika unit PBOA datang memberi perkhidmat­an kesihatan di kampung-kampung Orang Asli di kawasan di pedalaman di daerah itu.

“Sebagai jururawat kita sememangny­a sudah dilatih untuk ingat nama pesakit kerana seorang jururawat kena jaga satu keluarga,” katanya yang berkhidmat di Klinik Kesihatan Bangi selama 11 tahun sebelum ditukarkan ke PBOA PKD Gua Musang pada 2022. — Bernama

 ?? ??
 ?? — Gambar Bernama ?? SALING MEMBANTU: Dr Muhammad Aiman (kiri) bersama penduduk membantu anggota Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengusung pesakit Orang Asli yang kritikal sebelum menaiki helikopter untuk dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) ketika ditemui Bernama di Kampung Tapai, Pos Hau baru-baru ini.
— Gambar Bernama SALING MEMBANTU: Dr Muhammad Aiman (kiri) bersama penduduk membantu anggota Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengusung pesakit Orang Asli yang kritikal sebelum menaiki helikopter untuk dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) ketika ditemui Bernama di Kampung Tapai, Pos Hau baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA BERKHIDMAT: Pegawai Perubatan PBOA PKD Gua Musang, Dr Muhammad Aiman Aziz, 30, (tengah) bergambar bersama para petugas terlibat selepas selesai memberikan perkhidmat­an kesihatan kepada Orang Asli di Kampung Ladoi, Pos Hau baru-baru ini.
— Gambar Bernama SEDIA BERKHIDMAT: Pegawai Perubatan PBOA PKD Gua Musang, Dr Muhammad Aiman Aziz, 30, (tengah) bergambar bersama para petugas terlibat selepas selesai memberikan perkhidmat­an kesihatan kepada Orang Asli di Kampung Ladoi, Pos Hau baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERIKSA: Petugas PBOA melakukan pemeriksaa­n kesihatan kepada anak-anak Orang Asli ketika ditemui Bernama di Kampung Ladoi, Pos Hau baru-baru ini.
— Gambar Bernama PERIKSA: Petugas PBOA melakukan pemeriksaa­n kesihatan kepada anak-anak Orang Asli ketika ditemui Bernama di Kampung Ladoi, Pos Hau baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia