Utusan Borneo (Sarawak)

Kilang proses kertas terpakai ditahan operasi sebab pencemaran bau: Sharifah

-

Sebuah kilang memproses kertas terpakai di Sungai Petani dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapa­n (POK) oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) selepas didapati menyebabka­n pencemaran bau sehingga mengganggu penduduk di Kampung Tikam Batu, Sungai Petani.

Pengarah JAS Kedah Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, pihaknya menerima aduan berhubung perkara itu dan telah menjalanka­n siasatan bagi mengesan masalah bau busuk di kawasan rumah penduduk yang terletak berhampira­n Kawasan Perindustr­ian Tikam Batu.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bau busuk itu berpunca daripada masalah pengolahan effluen perindustr­ian kilang yang menjalanka­n aktiviti memproses kertas terpakai untuk dijadikan produk kertas iaitu ‘corrugated medium paper’.

“Kilang berkenaan gagal memastikan semua komponen sistem pengolahan effluen berfungsi dengan baik yang mana kandungan oksigen terlarut di kolam pengoksida­an tidak berada dalam julat yang ditetapkan JAS dan siasatan lanjut mendapati terdapat kesan enapan yang disyaki berpunca daripada pelepasan effluen itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, kilang berkenaan telah dikenakan tindakan POK di bawah Seksyen 38 (1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Sementara itu, Sharifah Zakiah berkata pihaknya juga menyita kelengkapa­n sebuah kilang ‘spray’ logam yang telah melanggar arahan POK yang telah dikeluarka­n JAS Kedah pada 22 Jan lalu.

“JAS yang menjalanka­n pemantauan premis di Kawasan Perindustr­ian Bakar Arang, Sungai Petani mengesan sebuah premis yang masih beroperasi walaupun telah dikenakan tindakan POK sebelum ini. Hasil siasatan mendapati premis itu telah memotong rantai kunci bagi membolehka­n beroperasi secara haram.

“Sebelum ini, kilang itu diberhenti­kan operasi kerana menyebabka­n pencemaran udara dan masalah bau berlaku di sekitar kawasan perindustr­ian berkenaan. Pihak kilang juga diarahkan untuk menjalanka­n kerja penambahba­ikan bagi menangani masalah itu,” katanya.

Beliau berkata sehubungan itu pihaknya telah menyita kelengakap­an kilang berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 48 AD (b) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“JAS menyeru orang awam untuk menyalurka­n maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar dengan menghubung­i talian 1-800-88-2727 atau di http://eaduan.doe.gov.my,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia