Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Selangor pengerusik­an Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265

-

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah semalam mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara.

Kali terakhir mesyuarat itu diadakan adalah pada 31 Januari lalu iaitu Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) sempena Istiadat Melafaz dan Menandatan­gani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Terdahulu, Sultan Sharafuddi­n berkenan menerima tabik hormat daripada Kawalan Kehormatan Utama (KKU) Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada enam pegawai dan 112 anggota lain-lain pangkat di Dataran Utama, Istana Negara.

Turut berangkat ke mesyuarat yang berlangsun­g dua hari bermula semalam ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Kedah Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri

Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l dan Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra, turut berangkat.

Mesyuarat turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Pulau

Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Pada mesyuarat itu, RajaRaja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri dan Sarawak diiringi Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESYUARAT DIRAJA: Sultan Sharafuddi­n mempengeru­sikan hari pertama Mesyuarat Majlis RajaRaja Ke-265 di Istana Negara, semalam.
— Gambar Bernama MESYUARAT DIRAJA: Sultan Sharafuddi­n mempengeru­sikan hari pertama Mesyuarat Majlis RajaRaja Ke-265 di Istana Negara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia