Utusan Borneo (Sarawak)

Kod Etika Wartawan perlu diamalkan oleh ‘citizen journalist’

-

Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarka­n kelmarin bukan sahaja tertakluk kepada pengamal media arus perdana, malah ia juga perlu diamalkan para wartawan warga (citizen journalist) yang terlibat dengan sebarang penyampaia­n maklumat.

Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara Prof Madya Dr Jessica Ong Hai Liaw berkata, kod etika berkenaan yang telah menggarisk­an lapan tanggungja­wab antaranya berkaitan kesahihan dan ketepatan maklumat serta privasi sumber, merupakan elemen penting yang perlu diamalkan.

“Sebagai contoh apabila kita sedang melaporkan berita-berita yang sedih dan ada kalanya mangsa-mangsa ini tidak mahu ditemu bual atau didedahkan identiti mereka, maka tidak perlu untuk kita (media) mengeluark­an nama atau sebagainya (sebaliknya) dengan cara kita sendiri kita sampaikan maklumat itu dengan tepat dan sahih.

“Cuma saya nampak ada dalam kalangan orang awam yang menyiarkan video tanpa izin, sebagai contoh zaman sekarang ini masing-masing ada kamera di kereta dan sebagainya jadi telah disebarkan, perkara seperti itu perlu diambil berat,” katanya ketika menjadi tetamu pada program bual bicara Jendela Fikir terbitan Bernama Radio di sini semalam.

Beliau berkata kod etika berkenaan juga dilihat mampu melonjakka­n profesiona­lisme kewartawan­an selain dapat membantu masyarakat untuk mendapatka­n maklumat mereka berkenaan sesuatu perkara di saluran yang betul.

“Saya menyeru semua masyarakat untuk melihat kepada berita yang betul... kita ada hak untuk membaca (mana-mana sumber) tetapi kita kena pandai menilai dan celik untuk memilih yang terbaik dan jangan cepat terpengaru­h,” katanya.

Kod Etika Wartawan Malaysia yang merupakan inisiatif Kementeria­n Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), menggarisk­an lapan tanggungja­wab utama wartawan.

Selain sebagai suara masyarakat majmuk dan menjadi ejen pemudah cara dialog, wartawan juga perlu telus dan berintegri­ti apabila menjalanka­n tanggungja­wab.

“Mereka juga digalakkan supaya konsisten berlaku adil dalam menyampaik­an maklumat dan tidak dipengaruh­i oleh kepentinga­n peribadi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia