Utusan Borneo (Sarawak)

Super Bowl: Dua didakwa atas tuduhan membunuh

Selepas menyebabka­n seorang maut, 22 cedera

-

WASHINGTON: Dua lelaki telah didakwa atas tuduhan membunuh berhubung insiden tembakan semasa Perarakan Super Bowl pasukan Kansas City Chiefs yang telah menyebabka­n seorang maut dan 22 cedera, kata pihak berkuasa kelmarin.

Dominic Miller dan Lyndell Mays, kedua-duanya penduduk tempatan, didakwa dengan pembunuhan tahap kedua, tindakan jenayah bersenjata dan penggunaan senjata yang menyalahi undang-undang, kata Pendakwa Raya Jackson County Jean Peters Baker kepada pemberita.

Peters Baker berkata Mays telah terlibat dalam pertengkar­an lisan dengan individu lain semasa perarakan itu dan keadaan “bertukar buruk sangat cepat”.

Miller didakwa melepaskan tembakan yang membunuh seorang DJ tempatan, Lisa Lopez-Galvan.

Peters Baker berkata kedua-dua lelaki itu ditahan dengan ikat jamin AS$1 juta dan berhadapan kemungkina­n hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh.

Pendakwa raya berkata, penahanan Miller dan Mays merupakan tambahan kepada dua remaja yang ditahan minggu lalu.

Remaja tersebut, yang tidak didedahkan identiti kerana masih bawah umur, menghadapi pertuduhan berkaitan senjata api dan dituduh menentang penahanan.

Tembakan itu berlaku pada 14 Februari semasa perarakan susulan kemenangan, telah menggumpul­kan sehingga sejuta peminat ke pusat bandar Kansas.

Chiefs meraikan gelaran Super Bowl ketiga dalam lima musim selepas menewaskan San Francisco 49ers di Las Vegas pada 11 Februari.

Tembakan rambang sudah menjadi perkara biasa di Amerika Syarikat, di mana ada lebih banyak senjata berbanding penduduk dan kira-kira satu pertiga daripada orang dewasa memiliki senjata api.

Presiden Joe Biden kesal denganpene­mbakanitu,menyeru rakyat AS menyokong rayuannya agar Kongres menggubal semula undang-undang senjata api.

 ?? — Gambar AFP ?? CEDERA: Pegawai perubatan membantu seorang lelaki yang cedera dalam insiden tembakan semasa Perarakan Super Bowl pasukan Kansas City Chiefs di Kansas, Missouri pada 14 Februari lepas.
— Gambar AFP CEDERA: Pegawai perubatan membantu seorang lelaki yang cedera dalam insiden tembakan semasa Perarakan Super Bowl pasukan Kansas City Chiefs di Kansas, Missouri pada 14 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia