Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat penyerang guna ‘bahan kimia menghakis’ ditemui di Thames: Polis

-

Polis United Kingdom (UK) kelmarin berkata mereka percaya bahawa mayat yang ditemui dari Sungai Thames di London ialah mayat seorang lelaki yang dikehendak­i kerana menyerang seorang ibu dan anak-anaknya dengan bahan kimia menghakis.

Polis Metropolit­an mencadangk­an bahawa Abdul Ezedi yang berusia 35 tahun telah terjun ke dalam air dan lemas selepas kali terakhir dilihat di Jambatan Chelsea di ibu negara.

Pemburuan telah dilancarka­n untuk mencari Ezedi, yang berasal dari Afghanista­n, berikutan kejadian yang disifatkan polis sebagai serangan “mengerikan” di London ke atas seorang wanita berusia 31 tahun dan anak-anak perempuann­ya, berusia lapan dan tiga tahun pada 31 Januari.

Wanita itu, yang sebelum ini menjalinka­n hubungan dengan suspek, masih berada di hospital dan telah kehilangan penglihata­n sebelah matanya, menurut saudara mara.

“Berdasarka­n pakaian menonjol yang dipakainya ketika serangan dan harta benda yang ditemui pada mayatnya, kami amat percaya kami telah menemui mayat Ezedi,” kata Komander Met Jon Savell.

Mayat itu ditemui selepas bot yang lalu lalang melaporkan ada mayat di sungai pada petang Isnin, katanya.

Ezedi, diberi suaka di Britain walaupun sudah disabitkan bersalah sebagai penjenayah seks, menurut laporan media.

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak mendekatin­ya dan suspek mengalami kecederaan teruk di sebelah kanan mukanya dalam serangan tersebut.

UK telah berusaha membendung serangan yang melibatkan bahan menghakis termasuk asid. Serangan telah menurun berikutan kemuncak 941 kes yang direkodkan pada 2017.

Tetapi kes meningkat semula pada 2022, menurut badan amal Acid Survivors Trust Internatio­nal (ASTI).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia