Utusan Borneo (Sarawak)

Marseille pecat Gattuso ekoran kekalahan berlarutan

-

Kelab Ligue 1 Perancis, Marseille, mengumumka­n pada Selasa peletakan jawatan jurulatih dari Itali, Gennaro Gattuso selepas enam perlawanan liga tanpa menang, sekali gus mengakhiri tempoh lima bulan membimbing kelab.

“Olympique Marseille mengumumka­n berakhirny­a kerjasama dengan Gennaro Gattuso,” tulis kelab dalam satu kenyataan ringkas, sambil memberikan ucapan terima kasih kepada Gattuso dan kakitangan kejurulati­hannya.

Dia dijangka akan diganti oleh Jean-Louis Gasset, jurulatih dari Perancis yang dipecat oleh Ivory Coast semasa kejohanan Piala Negara Afrika.

Pemergian Gattuso hadir selepas dia mengakui kepada pegawai kelab pada Isnin di mana dia “tidak lagi mempunyai penyelesai­an” untuk memulihkan nasib Marseille, menurut sumber yang rapat dengan kelab ketika memberitah­u agensi berita AFP.

Bekas pemain tengah Itali berusia 46 tahun itu berkata Marseille “hilang semangat” selepas tewas 0-1 di Brest, menyebabka­n kelab tercicir ke tangga kesembilan liga.

Gattuso tiba di Marseille pada akhir bulan September untuk menggantik­an Marcelino Garcia Toral, yang meletak jawatan selepas hanya tujuh perlawanan.

Bagaimanap­un, dia gagal memulihkan nasib pasukan yang gagal memenangi satu perlawanan liga pada 2024 dan masih jauh dari kelayakan ke pertanding­an di Eropah musim hadapan.

Selain dari kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab divisyen lima, Thionville dalam pertanding­an Piala Perancis, Marseille belum meraih kemenangan sejak menentang Clermont pada 17 Disember. Mereka akhirnya tersingkir dari pertanding­an piala oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia