Utusan Borneo (Sarawak)

Dortmund, PSV seri 1-1 pada pertemuan pertama

Aksi kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara dua pasukan itu berlangsun­g pada bulan depan

-

EINDHOVEN: Penyerang Donyell Malen menjaringk­an gol penting untuk memastikan kelab Borussia Dortmund pulang dengan keputusan seri 1-1 di kelab lamanya, PSV Eindhoven dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara pada Selasa.

PSV, pendahulu Eredivisie (Liga Belanda), harus menyalahka­n diri mereka sendiri kerana gagal menyempurn­akan beberapa peluang dalam separuh masa pertama dan sekarang harus bermain dengan lebih baik lagi dalam perlawanan kedua di Jerman bulan hadapan.

Persoalan besar sebelum perlawanan ialah pasukan mana yang akan diturunkan BorussiaDo­rtmund–pasukan yang memenangi ‘Kumpulan Maut’ pusingan pertama Liga Juara-Juara atau pasukan bergelut dengan konsistens­i dalam Bundesliga Jerman.

Dan ia adalah permainan hambar dalam suasana menakutkan di Eindhoven, di mana penyokong tuan rumah membakar bunga api sebelum sepak mula perlawanan.

Apabila asap dari bunga api itu hilang, pasukan tuan rumah mempunyai peluang lebih baik dengan cubaan

pemain sayap, Hirving Lozano mencemaska­n pertahanan Dortmund.

Pemain tengah PSV, Malik Tillman mensia-siakan dua peluang terbaik, pertama sekali rembatanny­a tersasar selepas menerima umpanan cantik dari Luuk de Jong.

Dortmund menghukum ketumpulan jentera serangan PSV apabila membuka jaringan pada minit ke-24 apabila Malen merembat masuk bola, dengan sedikit bantuan terkena pemain lawan.

Malen adalah seorang penyerang prolifik ketika beraksi bersama PSV, menjaringk­an 55 gol dalam semua pertanding­an

dari hanya 43 perlawanan, dan dia memilih untuk tidak meraikan golnya di hadapan penyokong fanatik PSV.

Tillman sekali lagi gagal menyempurn­akan peluang terbaik dengan tandukanny­a agak liar di hadapan pintu gol.

Johan Bakayoko juga gagal melakukan penyudah kemas menyebabka­n penyokong tuan rumah semakin gelisah.

PSV belum pernah tewas di tempat sendiri sepanjang musim ini dan mereka memulakan separuh masa kedua dengan lebih yakin.

Mereka berjaya mengikat kedudukan tidak lama selepas

itu apabila Tillman kelihatan menebus kegagalann­ya sebelum ini dengan memperoleh­i satu tendangan penalti minit ke-56, yang disempurna­kan oleh De Jong.

Gol penyamaan membuka semula permainan, dengan kedua-dua pasukan memiliki peluang namun Dortmund berjaya bertahan sehingga ke akhir permainan.

Bagi PSV, ia keputusan mengecewak­an selepas mempunyai banyak peluang untuk menjaringk­an gol dan mereka menjangkak­an saingan yang lebih kuat di Jerman pada perlawanan kedua nanti. — AFP

 ?? ??
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara di antara PSV dan Borussia Dortmund di Stadium The Phillips di Eindhoven.
— Gambar AFP RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara di antara PSV dan Borussia Dortmund di Stadium The Phillips di Eindhoven.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia