Utusan Borneo (Sarawak)

Jota terpaksa direhatkan buat jangka masa panjang

- JOTA

Diogo Jota bakal berehat ‘beberapa bulan’ selepas mengalami kecederaan serius di bahagian lutut semasa Liverpool menang di Brentford, menambah lagi krisis kecederaan skuad kendalian Jurgen Klopp dalam usaha memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kemenangan 4-1 di Brentford Sabtu lepas hadir dengan berita buruk apabila Jota dan pemain tengah, Chris Jones, dipaksa meninggalk­an padang kerana kecederaan dalam separuh masa pertama.

Jones meninggalk­an stadium dengan tongkat topang selepas mengalami kecederaan di pergelanga­n kaki dan Jota terpaksa diusung keluar sementara seorang lagi penyerang, Darwin Nunez juga mengalami sedikit kecederaan.

Penjaga gol, Alisson Becker, Trent Alexander-Arnold dan Dominik Szoboszlai tidak dapat diturunkan pada perlawanan menentang Luton

Town di Anfield pada Rabu sementara Thiago Alcantara dan Joel Matip masih belum dapat diturunkan.

Bercakap mengenai situasi kecederaan pemain pada Selasa, Klopp, di mana pasukannya kini hanya berkelebih­an satu mata di tangga teratas liga berbanding Manchester City, berkata situasinya “tidak bagus”.

“Saya mahu duduk di sini dan berkata kami sememangny­a tidak mempunyai masalah tetapi jelas sekali kami mempunyai beberapa masalah,” katanya pada sidang media sebelum perlawanan.

“Jadi, mereka yang jelas tidak dapat diturunkan ialah Ali (Becker). Dia mengalami kecederaan otot dan kami tidak tahu berapa lama dia perlu berehat.

“Dan kemudian Diogo mempunyai masalah di bahagian lutut, juga tidak akan dapat diturunkan. Curtis dengan kecederaan tulang kaki. Dan kami juga mempunyai pemain lain yang mempunyai kecederaan ringan. Kami akan melihat situasinya esok.”

Klopp tidak memberikan perkembang­an terkini tentang Nunez. Apabila ditanya masa rehat untuk kecederaan Nunez, Klopp hanya berkata: “Dengan Diogo, ia jelas akan mengambil masa beberapa bulan.

“Ia kecederaan yang biasa berlaku, jadi dalam lima atau 10 hari, kami perlu memantau situasi kerana tiada siapa mempunyai reaksi pemulihan yang sama dan bergantung kepada tahap kecederaan.

“Saya tidak dapat memberitah­u anda jangka masa walaupun jika saya mahu, jadi begitulah situasinya.”

Liverpool, yang bersaing kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan Manchester City dan Arsenal, akan menentang Chelsea di final Piala Liga Inggeris Ahad ini dan masih bersaing dalam pertanding­an Piala FA Inggeris dan Liga Europa.

Klopp, dalam musim terakhir di kelab, memuji pemainnya kerana meningkatk­an permainan apabila diperlukan.

“Kami berada di kedudukan ini kerana mereka,” katanya. “Itulah apa yang berlaku, kerana pemain benar-benar menyerlah. Kita akan lihat bagaimana ramai di antara mereka akan diturunkan dan mendapat peluang kerana dalam satu masa yang bagus, mereka boleh menyerlah dan kami mempunyai pilihan lain yang menunjukka­n mereka boleh melakukann­ya.” — AFP

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia