Utusan Borneo (Sarawak)

Swiatek terselamat tentangan sengit Stephens

-

Iga Swiatek terselamat saingan kuat menentang Sloane Stephens sementara Aryna Sabalenka menyalahka­n keadaan tidak memihak kepadanya di atas kekalahan di pusingan kedua kepada Donna Vekic.

Swiatek, pemain pilihan pertama kejohanan, yang memenangi kejuaraan ketiga berturut-turut di Doha hujung minggu lepas dan menerima laluan percuma ke pusingan kedua, dipaksa bekerja-keras sebelum menewaskan bekas juara Terbuka Amerika (AS) 6-4 dan 6-4.

“Kami kerap mempunyai saingan yang sengit. Saya benar-benar perlu bermain lebih bagus pada saat penting kerana saya gagal menyempurn­akan beberapa mata pendahulua­n. Tetapi saya gembira pada akhirnya,” kata Swiatek, yang akan menentang juara dua kali kejohanan, Elina Svitolina di pusingan 16 akhir.

“Ia, ia bukan mudah. Ia menarik di mana saya bermain lebih lama di sini supaya saya dapat menyesuaik­an diri dengan permukaan.”

Sementara itu, Sabalenka, pemain pilihan kedua kejohanan, kecundang 6-7(5/7), 6-3 dan 6-0 kepada musuh lama, Vekic dalam apa yang merupakan penampilan pertamanya sejak berjaya mempertaha­nkan kejuaraan Terbuka Australia bulan lepas.

Sabalenka mensia-siakan pendahulua­n 7-6, 2-0 dan tewas sembilan permainan terakhir untuk menghadiah­kan kemenangan kepada lawannya yang berasal dari Croatia dalam masa dua jam dan 22 minit.

“Saya merasakan seperti keadaan di sini tidak sesuai dengan saya. Ia sukar untuk saya bermain di Dubai. Benarbenar gelanggang yang sukar. Ia agak pantas dan saya seperti tidak mempunyai sebarang rentak,” kata pemain ranking kedua dunia itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia