Utusan Borneo (Sarawak)

Man City terus kejar rapat Liverpool

Kurangkan jurang mata kepada satu mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris

- Pengurus Man City — AFP

MANCHESTER: Erling Haaland meletakkan Manchester City kurang satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool tetapi juara bertahan itu dipaksa bekerja-keras sebelum menang 1-0 ke atas Brentford pada Selasa.

Penyerang utama menjaringk­an banyak gol. Jangan mengkritik, dia akan menutup mulut anda. Dalam masa terdekat, dia akan kembali menjaringk­an banyak gol.

Hanya dua mata memisahkan tiga tangga teratas liga dalam saingan kejuaraan yang menarik, dengan Arsenal kurang satu mata di belakang City dan berbaki 13 perlawanan sahaja lagi musim ini.

Haaland mahu menebus kekecewaan­nya apabila gagal menjaringk­an gol ketika City diikat 1-1 oleh Chelsea hujung minggu lepas.

Tetapi penyerang antarabang­sa Norway itu terpaksa menunggu sehingga 19 minit sebelum tamat permainan untuk memecah kebuntuan apabila mengejar hantaran Julian Alvarez sebelum merembat untuk koleksi gol yang ke-22 musim ini.

“Penyerang utama menjaringk­an banyak gol. Jangan mengkritik, dia akan menutup mulut anda. Dalam masa terdekat, dia akan kembali menjaringk­an banyak gol,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

“Dia tidak beraksi selama dua bulan, kehilangan neneknya, ia bukan mudah

Pep Guardiola

menjadi manusia biasa.

“Kami bercakap tentang kegagalann­ya (menyempurn­a peluang ketika menentang Chelsea), dan saya menyedari ia selepas itu, tetapi dia tidak

berkata apa-apa tentang kematian neneknya.”

Guardiola, mengekalka­n Kevin De Bruyne di bangku simpanan untuk sepanjang perlawanan ketika dia cuba

mengurangk­an masa bermain pemain tengah antarabang­sa Belgium itu selepas baharu kembali beraksi setelah lima bulan pertama berehat kerana kecederaan.

Kreativiti De Bruyne ternyata dirindui ketika City bergelut mengubah penguasaan bola kepada gol walaupun menikmati 70 peratus permainan dan memiliki 25 cubaan ke pintu gol lawan.

Brentford adalah pasukan terakhir yang meraih kemenangan di Stadium Etihad, 14 bulan yang lalu dan mereka mempunyai beberapa peluang untuk mencipta satu lagi kejutan.

Frank Onyeka gagal menewaskan penjaga gol City, Ederson pada pertengaha­n separuh masa pertama sebelum tendangan sudut Ivan Toney sedikit tinggi dari pintu gol.

Penjaga gol Brentford, Mark Flekken, paling sibuk sepanjang perlawanan apabila menepis cubaan Manuel Akanji dan dua cubaan Ruben Dias.

Oscar Bobb hampir membuka jaringan dalam separuh masa pertama dengan cubaannya sempat dikeluarka­n sebelum melepasi garisan pintu gol oleh Ben Mee.

Bernardo Silva kemudian melihat tandukanny­a tersasar ketika Brentford berjaya bertahan sehingga masa rehat.

Harapan Liverpool dan Arsenal untuk satu kelebihan dalam saingan kejuaraan liga kelihatan cerah apabila City masih gagal menembusi benteng kebal lawan pada awal separuh masa kedua.

Namun City mengekalka­n harapan menjadi pasukan pertama yang memenangi empat kejuaraan liga berturut-turut apabila Haaland menjaringk­an gol ketiganya dari lapan perlawanan terakhir.

City seharusnya boleh menambah jaringan, dengan jumlah gol mungkin bakal menjadi penentu kejuaraan liga.

Phil Foden menjaringk­an hatrik ketika kedua-dua pasukan bertemu kali pertama musim ini di Brentford tetapi pemain antarabang­sa England itu dinafikan dua kali oleh Flekken.

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man City dan Brentford di Stadium Etihad. Man City menang 1-0.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Man City dan Brentford di Stadium Etihad. Man City menang 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia