Utusan Borneo (Sarawak)

Inter bawa kelebihan satu gol untuk aksi kedua

-

Marko Arnautovic memberikan Inter Milan kelebihan tipis dalam aksi pusingan kedua Liga JuaraJuara menentang Atletico Madrid selepas menjaringk­an gol tunggal ketika kemenangan 1-0 pada Selasa.

Arnautovic menggantik­an Marcus Thuram pada masa rehat dan menjaringk­an gol kemenangan Inter ketika berbaki 11 minit perlawanan di San Siro selepas penjaga gol Atletico, Jan Oblak gagal menangkap kemas rembatan Lautaro Martinez.

Pemain berusia 34 tahun itu mengubah ejekan menjadi sorakan selepas golnya, yang hadir selepas beberapa kali gagal menyempurn­a peluang menyebabka­n penyokong Inter tertanya-tanya sama ada Inter akan meraih kemenangan.

Dia sebelum itu gagal menyempurn­a peluang keemasan apabila merembat tinggi bola.

“Ia sememangny­a salah satu gol paling penting dalam karier saya,” kata Arnautovic.

“Dalam beberapa minggu, saya gagal menyempurn­akan banyak peluang. Tetapi penyokong dan pemain menunjukka­n bahawa mereka memberikan sokongan kepada saya. Ia memberikan saya tenaga yang saya perlukan

untuk menjaringk­an gol.”

Arnautovic mengharung­i tempoh sukar sejak kembali ke Inter dari kontrak pinjaman di Bologna pada musim panas lepas dan kegagalann­ya menyempurn­akan peluang mengecewak­an penyokong.

Bagaimanap­un, kerana golnya, skuad kendalian Simone Inzaghi yang kini berkelebih­an sembilan mata di singgahsan­a Serie A Itali, membawa kelebihan tipis ke Madrid untuk perlawanan kedua pada 13 Mac depan.

Atletico memiliki lebih banyak kekuatan di jentera serangan musim ini tetapi mereka bermain lebih secara bertahan seperti kebiasaan gaya permainan jurulatih Diego Simeone di Sepanyol.

Mereka bagaimanap­un gagal menghalang gol Inter dan sekarang harus bangkit dari kekalahan ini dalam usaha untuk melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan.

“Kami harus mengekalka­n keyakinan, masih ada satu lagi perlawanan dan kami akan melakukan apa yang kami mampu untuk meneruskan kemaraan,” kata Oblak.

“Mereka mempunyai dua atau tiga peluang apabila kami hilang fokus dan dalam perlawanan seperti ini, anda harus bermain dengan baik sepanjang masa.”

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara di antara Inter Milan dan Atletico Madrid di Stadium San Siro di Milan.
— Gambar AFP SENGIT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara di antara Inter Milan dan Atletico Madrid di Stadium San Siro di Milan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia