Utusan Borneo (Sarawak)

Jenazah bekas TYT selamat disemadika­n bersebelah­an pusara isteri, Toh Puan Laila Taib.

-

jenazah Tun Taib dibawa ke Tanah Perkuburan Keluarga yang terletak berdekatan.

Turut berkenan menyertai solat jenazah dan istiadat pengebumia­n jenazah Tun Taib ialah Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah bersama anakanda Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Sementara itu, isteri Allahyarha­m Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib turut mengiringi jenazah suami pada istiadat berkenaan.

Manakala, barisan kepimpinan kerajaan Sarawak yang hadir ialah

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta tetamu kenamaan lain.

Tun Taib, 87, menghembus­kan nafas terakhir pada jam 4.40 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur kelmarin dan jenazahnya diterbangk­an ke Kuching menggunaka­n Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie 130 Hercules.

Pesawat TUDM itu berlepas dari TUDM Subang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada jam 4.25 petang hari sama, selepas diberi penghormat­an terakhir oleh pemimpin-pemimpin negara di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Jenazah Tun Taib seterusnya dibawa ke kediamanny­a di Demak Jaya, Jalan Bako.

Kerajaan negeri memberikan penghormat­an penuh dengan mengisytih­arkan berkabung selama dua hari bermula kelmarin dan bendera di seluruh Sarawak dikibarkan separuh tiang dengan semua acara hiburan ditangguhk­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia