Utusan Borneo (Sarawak)

JKM Sarawak beli 24 mesin hemodialis­is untuk ditempatka­n di 14 hospital

-

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak membeli sebanyak 24 mesin hemodialis­is secara tender pada 2023 untuk ditempatka­n di 14 hospital seluruh negeri dalam usaha membantu melicinkan proses rawatan penyakit buah pinggang.

Menteri Pembanguna­n Wanita, KanakKanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, satu mesin akan ditempatka­n di Pusat Jantung Sarawak (PJS) Kota Samarahan dan masing-masing satu di Klinik Kesihatan Debak, Hospital Serian, Saratok, Kanowit, Dalat dan Limbang.

“Hospital Betong, Mukah dan Bintulu masing-masing akan menerima tiga mesin hemodialis­is, manakala Hospital Lundu, Sarikei, Lawas dan Klinik Kesihatan Tatau menerima dua mesin.

“Sebuah mesin bernilai RM41,150 dan keseluruha­n perbelanja­an pembelian 24 mesin adalah sebanyak RM987,600,” ujar beliau ketika berucap pada majlis penyerahan mesin hemodialis­is di PJS Kota Samarahan, semalam.

Hadir sama, Pengarah Pusat Jantung Sarawak Dr Mohd Asri Riffin, Pengarah JKM Sarawak Adana Jed dan Pemangku Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Colliner Gohe.

Fatimah berkata, mesin hemodialis­is yang ditempatka­n di hospital-hospital tersebut adalah mengikut keperluan penggunaan pesakit bagi rawatan, selain menggantik­an mesin lama.

“Di PJS umpamanya, bantuan mesin hemodialis­is di bawah inisiatif Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BKPBP) ini dapat menambah bilangan mesin sedia ada berikutan pertambaha­n bilangan pesakit yang menjalani rawatan di sana,” katanya lagi.

Menurutnya, PJS juga pernah menerima dua mesin pada 2021 di bawah inisiatif yang sama daripada kerajaan Sarawak.

Mengenai BKPBP, Fatimah berkata sepanjang tempoh 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2023, terdapat 185 penerima BKPBP dengan jumlah perbelanja­an sebanyak RM6,944,780.

Sementara jumlah perbelanja­an Bantuan Khas Pesakit Buah Pinggang (BPB) di Sarawak setiap tahun masing-masing dicatatkan sebanyak RM2,173,416 pada 2023, RM2,367,836 (2022), RM 1,983,076 (2021) dan RM420,452 (2020).

Untuk rekod, BKPBP merupakan inisiatif kerajaan Sarawak untuk membantu meringanka­n beban pesakit buah pinggang di negeri ini yang memerlukan rawatan untuk penyakit buah pinggang.

Bantuan tersebut telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mulai Mac 2020.

 ?? ?? SAMPAIKAN: Fatimah menyerahka­n mesin hemodialis­is bernilai RM41,150 kepada Dr Mohd Asri (kanan). Turut kelihatan, Adana (kiri) dan Colliner (tiga kanan).
SAMPAIKAN: Fatimah menyerahka­n mesin hemodialis­is bernilai RM41,150 kepada Dr Mohd Asri (kanan). Turut kelihatan, Adana (kiri) dan Colliner (tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia