Utusan Borneo (Sarawak)

Bersekolah di sekolah mubaligh, Tun Taib faham keperluan gereja

Bekas tYt disifatkan sebagai rakan baik gereja di Sarawak: Danald

- Oleh Jessica Jawing Rt Rev Datuk Danald Jute

Justeru, beliau mempunyai interaksi yang baik dalam kalangan orang berbeza dari segi latar belakang agama dan etnik. Ia tidak syak lagi mengenainy­a dan beliau adalah rakan baik kepada gereja.

KUCHING: Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sangat memahami keperluan gereja di Sarawak berbekalka­n latar belakang Allahyarha­m yang pernah bersekolah di sekolah mubaligh.

Biskop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei Rt Rev Datuk Danald Jute malah menyifatka­n bekas Yang di-Pertua Negeri itu sebagai rakan baik kepada gereja di negeri ini.

“Beliau bersekolah di sekolah mubaligh dan beliau sangat memahami sumbangan gereja menerusi sekolah mubaligh.

“Justeru, beliau mempunyai interaksi yang baik dalam kalangan orang berbeza dari segi latar belakang agama dan etnik. Ia tidak syak lagi mengenainy­a dan beliau adalah rakan baik kepada

Bishop Gereja Anglikan di Sarawak dan Brunei

gereja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita bagi memberi penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m Tun Taib pada Istiadat Penghormat­an Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Danald berkata, beliau percaya jika Tun Taib masih berpeluang melakukann­ya, Allahyarha­m akan melakukan lebih daripada yang beliau mampu lakukan.

“Namun kita harus akui, kepimpinan­nya adalah berbeza, maka kita tidak boleh mengaitkan apa berlaku sekarang sama dengan kepimpinan­nya.

“Kita bersyukur segala apa yang dilakukan beliau diteruskan kepimpinan seterusnya iaitu Tok Nan (Tun

Pehin Sri Adenan Satem) dan Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) sehingga membolehka­n kita terus makmur,” katanya.

Dari segi kepimpinan Tun Taib kepada negeri ini, Danald berkata banyak sumbangan Allahyarha­m, malah pembanguna­n yang dibawa beliau tidak dapat disangkal.

Bagi mewakili pihak gereja katanya, mereka mendoakan Sarawak akan terus dipimpin oleh pemimpin yang menjaga kesejahter­aan negeri.

 ?? ?? DANALD
DANALD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia