Utusan Borneo (Sarawak)

Ayah seorang yang penyayang, tegas mendidik anak: abu Bekir

-

KUCHING: Anak kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menyifatka­n arwah sebagai seorang yang penyayang.

Menurutnya, walaupun sentiasa sibuk dan memberi tumpuan terhadap kerjaya, namun Tun Taib tidak pernah mengabaika­n masa untuk bersama keluarga.

“Walau sibuk macam mana, ayah tidak mengabaika­n malah tetap meluangkan masa untuk keluarga.

“Pernah satu ketika, lepas ayah balik bekerja dengan wajah kepenatan, dia membawa kami menonton wayang dan kerana terlampau penat, ayah sampai tertidur sambil berdengkur di panggung wayang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas selesai Istiadat Pengebumia­n Negeri jenazah Tun Taib di

Tanah Perkuburan Keluarga, Demak Jaya, Jalan Bako di sini semalam.

Selain seorang yang penyayang, Abu Bekir berkata ayahnya merupakan seorang yang tegas mendidik anakanak.

Mengimbau kembali kenangan bersama bapanya, Allahyarha­m selalu membawa anakanakny­a ke tempat kerja selesai

sahaja waktu persekolah­an.

Jelasnya, beliau memahami tujuan itu agar anak-anaknya sentiasa bekerja keras untuk mencapai sesuatu.

“Dia (arwah) mendidik kami supaya sentiasa bekerja keras dan itulah pesanan dia agar anak-anak tidak mudah berputus asa untuk mencapai sesuatu,” ujarnya.

Sementara itu, Abu Bekir menyatakan ucapan penghargaa­n kepada kerajaan Sarawak dan persekutua­n kerana memudahkan urusan keluargany­a ketika Tun Taib menerima rawatan selain membantu dalam istiadat pengebumia­n.

“Terima kasih kepada semua agensi kerajaan negeri, Pejabat Premier Sarawak dan persekutua­n, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) atas bantuan dan penghargaa­n yang membantu kami dari mula hingga selesai majlis pengebumia­n ini.

“Saya mewakili adik beradik serta keluarga juga ingin memohon maaf jika ada tersilap kata atau ada yang tersinggun­g dengan perbuatan kami dalam tempoh sukar dua tiga hari ini... kami memohon maaf,” katanya.

Hadir sama ketika ditemui media ialah Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman dan Senator Dewan Negara Dato Ahmad Ibrahim.

 ?? ?? KEHILANGAN BESAR: Aaron ketika ditemui pemberita menyatakan pemergian Tun Taib satu kehilangan besar kepada Sarawak.
KEHILANGAN BESAR: Aaron ketika ditemui pemberita menyatakan pemergian Tun Taib satu kehilangan besar kepada Sarawak.
 ?? ?? KETOKOHAN UNGGUL: Fadhlina yang diiringi Hanifah (kiri) ketika ditemui pemberita, berharap ketokohan Tun Taib terus menjadi inspirasi kepimpinan negeri dan negara.
KETOKOHAN UNGGUL: Fadhlina yang diiringi Hanifah (kiri) ketika ditemui pemberita, berharap ketokohan Tun Taib terus menjadi inspirasi kepimpinan negeri dan negara.
 ?? ?? BERKONGSI KISAH: Abu Bekir (kiri) dan Sulaiman ketika ditemui media selepas selesai Istiadat Pengebumia­n Negeri jenazah Tun Taib di Tanah Perkuburan Keluarga, Demak Jaya semalam.
BERKONGSI KISAH: Abu Bekir (kiri) dan Sulaiman ketika ditemui media selepas selesai Istiadat Pengebumia­n Negeri jenazah Tun Taib di Tanah Perkuburan Keluarga, Demak Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia