Utusan Borneo (Sarawak)

Tun taib titik berat usaha pertahan perpaduan rakyat Sarawak: aloysius

-

Allahyarha­m bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud amat menitikber­atkan usaha melindungi dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

Perkara itu dinyatakan Ketua Eksekutif Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) Datu Aloysius J Dris sambil menambah sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah yayasan itu, Allahyarha­m sangat menyokong semua usaha untuk mengukuhka­n perpaduan di negeri ini.

“Pada 2018 beliau (Tun Taib) mencadangk­an menggunaka­n Regata Sarawak sebagai cara untuk menyatukan lagi rakyat Sarawak.

“Ia mencermink­an falsafah beliau mengenai pertemuan antara sungai-sungai. Struktur sosial Sarawak yang pelbagai diumpamaka­n seperti sungai kecil dan anak sungai yang banyak mengalir ke sungai utama, dengan air pelbagai warna bercampur menjadi satu warna sebelum mengalir ke laut,” kata menerusi kenyataan

semalam.

Aloysius menegaskan, Tun Taib sangat menyokong aktiviti-aktiviti YPS untuk mengukuhka­n perpaduan, khususnya dalam kalangan belia.

“Tun Pehin Sri Taib akan diingati kerana beliau menghargai perpaduan Sarawak dan bagaimana beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mengekalka­nnya sepanjang berkhidmat untuk negeri ini. Beliau bukan sahaja akan dirindui, tetapi legasinya akan kekal,” tambahnya.

YPS ditubuhkan pada 16 Mei 1994, sebagai sebuah pertubuhan bukan mencari keuntungan yang berdedikas­i

memupuk dan mengekalka­n perpaduan, keharmonia­n dan hubungan aman dalam kalangan masyarakat Sarawak.

Dengan tujuan untuk memupuk, membangun dan meningkatk­an pertukaran budaya serta pendidikan, YPS berusaha melibatkan belia Sarawak dalam aktiviti yang akan meningkatk­an pemahaman serta penghayata­n warisan budaya masingmasi­ng.

Pada masa sama menghargai usaha keras dan pengorbana­n pemimpin terdahulu bagi memastikan belia hari ini mempunyai perpaduan, keharmonia­n dan keamanan dalam kalangan mereka.

 ?? ?? KENANGAN: Gambar fail menunjukka­n Aloysius (dua kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan bersama Tun Taib ketika satu majlis pada 2023.
KENANGAN: Gambar fail menunjukka­n Aloysius (dua kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan bersama Tun Taib ketika satu majlis pada 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia