Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian tun taib kehilangan besar buat aZaM Sarawak

-

Pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud merupakan kehilangan besar buat Angkatan Zaman Mansang (AZAM) Sarawak, kata Pengerusin­ya Datu William Patrick Nyigor.

Menurutnya, AZAM Sarawak merupakan hasil idea, kebijaksan­aan dan visi Tun Taib 41 tahun lalu untuk membangunk­an luar bandar menerusi komunikasi berkesan.

“Ini kehilangan besar untuk AZAM Sarawak kerana beliau adalah pengasas AZAM dengan visi dan kebijaksan­aan menubuhkan­nya 41 tahun lalu.

“Terima kasih kepada Tun Taib atas sumbangan dan kepercayaa­n beliau kepada AZAM Sarawak sebagai ajen komunikasi pembanguna­n khususnya di luar bandar menjadikan­nya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terkemuka sejak 1980-an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai delegasi dari AZAM Sarawak memberi penghormat­an terakhir kepada Taib yang juga bekas Ketua Menteri Sarawak pada Istiadat Penghormat­an Negeri di Atrium Dewan Undangan

Negeri (DUN), semalam.

Memetik ucapan Taib semasa perasmian AZAM pada 26 Mac 1983 dan diterbitka­n dalam buku peringatan ulang tahun ke-40 AZAM Sarawak, Patrick berkata AZAM pada mulanya bertujuan meneroka sejauh mana sains komunikasi boleh digunakan sebagai inisiatif pembanguna­n di Sarawak dan Malaysia, berkembang dari semasa ke semasa selaras dengan perubahan dasar serta keperluan masyarakat.

Memanfaatk­an pengaruh media, AZAM bertujuan merapatkan jurang antara kerajaan dan masyarakat, tambahnya.

Tun Taib juga katanya, turut menekankan penubuhan organisasi itu dengan menonjolka­n peranannya dalam memupuk strategi komunikasi yang berkesan meraih sokongan bagi inisiatif pembanguna­n kerajaan.

“Idea asal untuk mewujudkan ini adalah berdasarka­n keperluan strategi komunikasi yang berkesan untuk melibatkan masyarakat dalam rancangan pembanguna­n kerajaan.

“Diilhamkan oleh wawasan Tun Pehin Sri, sekumpulan rakyat Sarawak daripada perkhidmat­an awam, media dan kepimpinan akar umbi telah membentuk AZAM pada tahun 1983,” katanya.

Patrick berkata, AZAM Sarawak telah menganjurk­an pelbagai program sejak penubuhann­ya termasuk seminar-seminar pembanguna­n komunikasi, seminar tanah Hak Adat Bumiputera, kepimpinan akar umbi, celik digital, pengkomers­ilan pertanian, kelestaria­n alam sekitar dan pembanguna­n belia.

Ketika ini katanya, program-program AZAM Sarawak termasuk pemerkasaa­n digital seiring agenda pembanguna­n semasa.

Delegasi itu turut disertai Timbalan Pengerusi AZAM Dato Norhyati Ismail, Lembaga Pengarah AZAM Prof Dr Margaret Chan, Ketua Pegawai Eksekutif AZAM Lelia Sim Ah Hua, Dayang Intanwathy Abang Salleh (Ketua Kewangan dan Pentadbira­n), Pegawai Pembanguna­n Komuniti Yaana Singkie, Timbalan Pengurus Besar Institut Pembanguna­n Sarawak (SDI) Rosalind Wong dan Kamaruddin Sajeli (Ketua Unit Penyelidik­an SDI) dan wakil dari Faradale Holding Sharifah Nadhirah Wan Teredi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia