Utusan Borneo (Sarawak)

Ketokohan Tun Taib diharap terus jadi inspirasi kepimpinan negeri dan negara

-

Ketokohan dan sumbangan besar bekas Yang di-Pertua Negeri Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diharap terus segar dalam ingatan dan menjadi inspirasi kepimpinan negara dan negeri.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, sumbangan Tun Taib juga diharap menjadi inspirasi untuk melakukan yang terbaik demi pembanguna­n negara.

“Saya merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarha­m dan juga kepada Dato Hanifah (Hajar Taib, Ahli Parlimen Mukah) khususnya dan kepada rakyat

Sarawak amnya atas kehilangan seorang pemimpin.

“Kita melihat bukan sahaja pada hari ini tetapi juga semalam (Rabu), betapa rakyat cukup menghargai sumbangan beliau, bukan sahaja kepada Sarawak tetapi negara.

“Kita berharap ketokohan dan sumbangan Tun terus segar dalam ingatan serta menjadi inspirasi kempimpina­n untuk melakukan terbaik kepada negeri dan negara,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita bagi memberi penghormat­an terakhir kepada Allahyarha­m Tun Taib pada Istiadat Penghormat­an Negeri di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Fadlina yang merupakan antara menteri kabinet persekutua­n yang hadir pada penghormat­an terakhir itu diiringi Hanifah yang juga Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia.

Tambah Fadhlina, pemergian Tun Taib itu bukan sahaja dirasai oleh rakyat Sarawak tetapi seluruh negara memandangk­an beliau seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada negeri dan negara.

Sementara itu, Menteri Perpaduan Dato Sri Aaron Ago Dagang ketika ditemui pada istiadat berkenaan berkata, pemergian Tun Taib satu kehilangan besar dalam barisan kepimpinan negeri, yang mana telah berkhidmat lama kepada rakyat Sarawak sebagai Ketua Menteri.

“Pemergian yang amat dirasai dan beliau pemimpin hebat yang telah berkhidmat lama untuk rakyat dan banyak pembanguna­n telah dibangunka­n kepada Sarawak serta negara.

“Saya telah menjadi wakil rakyat sejak tahun 2000 dan sememangny­a kami sekali sekala berhubung memandangk­an saya wakil rakyat di Parlimen.

“Kita selalu bekerjasam­a untuk pembanguna­n dan kepentinga­n negeri,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia