Utusan Borneo (Sarawak)

Saya kehilangan kawan baik, mentor dan abang: Jabu

-

Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang menyifatka­n pemergian Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai kehilangan seorang kawan baik, seorang mentor yang hebat dan seorang abang.

Beliau berkata, bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu telah mengabadik­an 61 tahun hidupnya sejak 1963 sebagai ketua menteri dan ketua negeri.

“Beliau menumpukan masanya untuk pembanguna­n Sarawak sejak Sarawak berada di tiga negeri terbawah yang berprestas­i paling teruk dalam Malaysia, hingga naik ke tiga teratas, tiga terbaik dalam Malaysia.

“Di bawah kepimpinan beliau, Sarawak telah makmur dengan pesat, dan kami amat sedih kerana beliau telah meninggalk­an kami.

“Saya kehilangan seorang kawan baik, mentor hebat saya dan seorang abang, kami membesar bersama-sama melalui parti PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu), menstabilk­an politik di Sarawak melalui banyak cubaan dan cabaran dalam lingkungan politik yang disokong oleh rakyat,” katanya.

Di bawah kepimpinan Tun Taib, Jabu berkata Sarawak telah mengurus dengan baik kestabilan politik dan keharmonia­n kaum.

“Legasi beliau bukti ke

pimpinan beliau yang luar biasa... Sokongan rakyat dan legasi yang beliau tinggalkan mesti dicontohi oleh generasi akan datang.

“Saya percaya semua masyarakat berbilang kaum dan agama di Sarawak akan bekerjasam­a mengikuti legasi beliau dan kepimpinan kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) di bawah Premier Sarawak Abang Jo (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg),” katanya.

Sementara itu, seorang lagi bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam berkata, keharmonia­n kaum merupakan sumbangan terbesar Tun Taib.

Sumbangan itu jugalah sebab beliau terlibat dalam politik sejak awal lagi, kata Dr Chan.

“Di bawah bimbingan dan nasihat beliau, saya dapat menyumbang banyak perkara, khususnya kepada pembanguna­n Sarawak.

“Sumbangan beliau telah memupuk semangat perpaduan yang lebih erat dalam kalangan rakyat Sarawak,” katanya.

Menurut Dr Chan, sumbangan lain Tun Taib adalah tidak membenarka­n campur tangan kerajaan persekutua­n dalam urusan Sarawak.

“Bagi saya ini amat penting, kerana kita berjaya membangunk­an Sarawak mengikut cara yang kita mahu,” tambahnya.

Katanya lagi, Tun Taib berjaya membangunk­an bandar Miri seperti sekarang dan percaya warga Miri amat berterima kasih kepadanya.

“Secara keseluruha­nnya, beliau adalah seorang pemimpin yang hebat dan sebab mengapa Sarawak seperti hari ini,” tambahnya.

 ?? ?? DR CHAN
DR CHAN
 ?? ?? JABU
JABU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia