Utusan Borneo (Sarawak)

Nasihat untuk sentiasa turun padang jadi ingatan Sharifah Mordiah

-

“Nasihat untuk sentiasa turun padang bagi menyelesai­kan masalah rakyat antara kata Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menjadi ingatan kepada saya,” kata Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi.

Sharifah Mordiah, bekas ADUN Samariang merupakan antara Setiausaha Politik ketika Tun Taib menjadi Ketua Menteri.

“Antara kata-kata Tun yang sentiasa saya ingat, ‘bercakap benar walau sepahit mana’ dan sentiasa memberi nasihat agar turun padang.

“Menjadi wakil rakyat perlu turun padang untuk mencari jalan bagaimana membantu rakyat di semua peringkat.

“Setiap kali berjumpa beliau sentiasa memberi nasihat dan bimbingan kepada kami sebagai wakil rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita di kediaman Tun Taib di sini, kelmarin.

Sharifah Mordiah berkata malahan nasihat Tun Taib itu menjadi garis panduan kepadanya dalam menjalanka­n tugas.

Beliau berkata, sebagai seseorang yang pernah bekerja dengan Tun Taib, beliau berasa sedih atas pemergian Allahyarha­m.

“Bila dengar berita (pemergian) memang sedih dan terkejut. Saya lama berjuang dengan Tun Pehin Sri iaitu sejak 1979 semasa menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Saya juga menjadi setiausaha politik kepada (ketua menteri) beliau selama 10 tahun dan banyak pengalaman saya belajar daripada beliau,” katanya.

Sharifah Mordiah amat menghargai sumbangan Tun Taib dan sebagai rakyat terhutang budi kerana beliau bukan sahaja pemimpin berjiwa rakyat tetapi mempunyai perancanga­n teratur untuk pembanguna­n Sarawak.

Sharifah Mordiah antara kenamaan yang hadir memberi penghormat­an sebaik sahaja jenazah Tun Taib tiba di kediamanny­a di Demak Jaya jam 5.11 petang semalam dari Kuala Lumpur.

Tun Taib, 87, meninggal dunia jam 4.40 pagi kelmarin selepas menerima rawatan selama kira-kira seminggu di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

 ?? ?? SHARIFAH MORDIAH
SHARIFAH MORDIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia