Utusan Borneo (Sarawak)

Perpaduan kaum di Sarawak legasi Tun Taib perlu dipertahan­kan

- — Bernama

KUALA LUMPUR: Menyatupad­ukan pelbagai suku kaum di Sarawak adalah antara legasi bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang perlu dicontohi dan dipertahan­kan.

Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Seri Azman Ujang berkata selain itu, corak pentadbira­n yang adil dibawa Tun Taib termasuk ketika menjadi Ketua Menteri Sarawak juga sangat membanggak­an yang menyaksika­n setiap rakyat di negeri itu menerima layanan sama rata.

“Di Sarawak dan Sabah, isu agama dan bangsa ini tidak dimainkan. Ini ialah satu legasi yang dipupuk oleh Tun (Taib) yang mana dia tak main isu politik agama dan bangsa dan ini menyebabka­n rakyat Sarawak dapat menerima layanan yang adil dan sama rata. Inilah yang kerap ditekankan beliau.

“Barang diingat, Sarawak mempunyai jumlah kaum yang paling banyak, tapi boleh bersatu,” katanya ketika menjadi tetamu dalam segmen ‘Belasungka­wa - Tun Abdul Taib Mahmud’ di Bernama Radio, semalam.

Azman turut menyifatka­n Tun Taib yang digelar Bapa

Pemodenan Sarawak sebagai seorang tokoh yang tiada tolok bandingnya.

“Sebagai seorang bapa pembanguna­n Sarawak, yang menjadi Ketua Menteri selama 33 tahun sejak tahun 1981, beliau membangunk­an dan membina Sarawak yang dari segi kestabilan politiknya boleh menjadi contoh untuk generasi sekarang,” katanya.

Pensyarah Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaa­n Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dick Lembang Dugun dalam program sama berkata, Tun Taib telah meletakkan asas terbaik kepada pembanguna­n Sarawak.

“Banyak yang telah disumbangk­an Allahyarha­m di negeri Bumi Kenyalang terutamany­a dalam aspek pembanguna­n yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa.

“Banyak daerah-daerah kecil ditransfor­masikan seperti di Kota Samarahan yang saya lihat sendiri bagaimana impak pembanguna­n dilakukan begitu pantas dengan mewujudkan hab pendidikan dengan tertubuhny­a UNIMAS, Universiti Teknologi MARA (UiTM), hab perguruan dan sebagainya.

“Usaha beliau melihat jauh ke hadapan ini adalah untuk memastikan rakyat Sarawak terus menikmati pembanguna­n dan dapat bersaing dengan masyarakat luar atau lain di Malaysia,” katanya.

Exco Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) yang juga Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Tarmizi Karnain menyifatka­n Tun Taib sebagai seorang yang mesra rakyat termasuk golongan muda.

Katanya sepanjang tempoh pemerintah­an Tun Taib, pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an bagi memastikan golongan belia di Sarawak dapat menikmati kehidupan dalam persekitar­an yang moden serta maju.

Pagi semalam, jenazah Allahyarha­m Tun Taib dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak bagi membolehka­n orang awam, dif-dif kenamaan dan anggota kabinet memberikan penghormat­an terakhir kepada bekas Ketua Menteri itu, bermula jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.

Solat jenazah dijadualka­n selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarha­m disusuli istiadat pengebumia­n negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Tun Taib yang juga digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira jam 4.40 pagi kelmarin di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia