Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian dirasai, kehilangan penyokong setia: PVATM S’wak

Tun Taib tokoh ulung yang meninggalk­an jejak gemilang: Jimbau

- Oleh Andy Sabang Yang Dipertua PVATM Sarawak

SIBU: Dalam suasana duka yang mendalam, rakyat negeri ini turut merasai kehilangan besar dengan pemergian bekas Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Sarawak Jimbau Galau berkata, Allahyarha­m seorang tokoh ulung yang telah meninggalk­an jejak gemilang dalam sumbangann­ya kepada negeri dan negara.

Katanya, Tun Taib sangat dihormati atas pencapaian kejayaan luar biasa ketika menjadi Ketua Menteri dan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ketujuh.

“Pemergian Bapa Pemodenan Sarawak merupakan satu kehilangan buat negeri dan negara.

“Terlalu banyak jasa dan bakti Allahyarha­m kepada negeri dalam pembanguna­n dan pemodenan Sarawak sejak mengambil alih pentadbira­n pada 1981,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Jimbau, penghargaa­n kepada tokoh ini tidak hanya mencakupi kejayaan peribadi, malah komitmenny­a yang mendalam dalam menyokong kebajikan veteran tentera.

“Beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai inisiatif untuk meningkatk­an kesejahter­aan dan sokongan kepada wirawira negara yang telah berjuang demi kedamaian dan keamanan.

“Kesedihan menyelubun­gi rakyat, terutama veteran tentera yang merasai kehilangan seorang penyokong setia.

“Walau bagaimanap­un, warisan dan nilai-nilai yang ditinggalk­an oleh tokoh Allahyarha­m akan terus mengukir kenangan yang abadi dalam sejarah negeri ini,” ujar Jimbau.

Jimbau berkata, kerajaan Sarawak khususnya, rakyat dan veteran tentera akan terus bersatu dalam mengenang jasa dan pengorbana­n beliau.

“Bersama-sama, mereka komited untuk melanjutka­n perjuangan Allahyarha­m demi memartabat­kan Bumi Kenyalang. Semoga roh beliau dicucuri rahmat,” katanya.

Beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai inisiatif untuk meningkatk­an kesejahter­aan dan sokongan kepada wira-wira negara yang telah berjuang demi kedamaian dan keamanan.

Jimbau Galau

 ?? ?? DALAM KENANGAN: Gambar fail menunjukka­n rombongan PVATM Sarawak diketuai Jimbau (lima kanan) mengadakan kunjungan hormat ke atas Allahyarha­m Tun Taib pada Ogos 2022.
DALAM KENANGAN: Gambar fail menunjukka­n rombongan PVATM Sarawak diketuai Jimbau (lima kanan) mengadakan kunjungan hormat ke atas Allahyarha­m Tun Taib pada Ogos 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia