Utusan Borneo (Sarawak)

Pemergian Tun Taib kehilangan besar Sarawak, kata Henry

-

Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong menyifatka­n pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai satu kehilangan besar kepada Sarawak.

Beliau yang berkongsi kesedihan turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

“Pemergian Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada pagi Rabu perlu diredai semua kerana setiap yang hidup akan kembali kepada penciptany­a.

“Secara peribadi saya berasa sedih kerana Allahyarha­m Tun Taib adalah seorang pemimpin yang rapat dengan kita dan rakyat Sarawak,” katanya kepada media di sini, kelmarin.

Henry juga berkongsi pengalaman Tun Taib semasa menjadi Ketua Menteri Sarawak sebagai seorang pemimpin yang meminati bidang seni bina.

“Hari ini banyak bangunan dewan suarah di seluruh Sarawak yang dibina secara unik atas sentuhan idea Tun Taib.

“Selain itu, politik pembanguna­n yang diasaskan oleh Allahyarha­m Tun Taib adalah asas kepada lain-lain pembanguna­n di negeri Sarawak,” katanya lagi.

Henry menjelaska­n, terlalu banyak jasa dan bakti yang telah dicurahkan oleh

Tun Taib yang semestinya didedahkan untuk sumber rujukan generasi baru Sarawak.

Beliau juga berharap agar segala usaha pembanguna­n Sarawak moden dapat diabadi dan dibukukan dalam buku pembelajar­an di seluruh sekolah di Sarawak.

“Kita harap Kementeria­n Pendidikan Sarawak dapat memasuk atau sekurangny­a meletakkan buku politik pembanguna­n Sarawak yang diilhamkan Allahyarha­m Tun Pehin Sri yang kita kasihi,” ujarnya.

Ahli Parlimen itu turut memberitah­u bahawa beliau telah menjadi Ahli Parlimen Bukit Mas sebelum wujudnya Parlimen Lawas yang juga merupakan buah tangan Allahyarha­m Tun Taib.

Tun Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi Rabu.

 ?? ?? HENRY
HENRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia