Utusan Borneo (Sarawak)

Tun Taib tunjang keharmonia­n negeri Sarawak, kata TYT

-

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyifatka­n Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai tunjang keharmonia­n negeri Sarawak.

Menurut Tun Wan Junaidi, sifat kepimpinan sedemikian diperlihat­kan Tun Taib semasa menerajui pentadbira­n sebagai Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun dan sebelum menjadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak dari 1 Mac 2014 hingga 26 Januari lalu.

Tun Wan Junaidi juga berkata, pengorbana­n Tun Taib dalam pembanguna­n negeri Sarawak sepanjang hidup Allahyarha­m tidak dapat dinafikan.

“Sebagai Ketua Menteri untuk semua rakyat Sarawak, Allahyarha­m sangat menjaga hak imigresen Sarawak, menjauhkan semua unsur negatif dari pantai Sarawak dan membina syurga ‘Land of the

Hornbills’ yang meraikan kebebasan beragama dan kepelbagai­an kaum.

“Tun Taib telah menyemai semangat keamanan dan keharmonia­n dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak dan warisannya kini kita nikmati.

“Hasil kerja keras dan susah payah beliau untuk memastikan tiada kaum akan tercicir dalam semua dasar semasa beliau menjadi Ketua Menteri Sarawak selama lebih tiga dekad terus dipupuk sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kenyataan itu, Tun Wan Junaidi turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Taib dan mendoakan roh Allahyarha­m ditempatka­n dalam kalangan orang yang beriman.

Tun Taib, 87, menghembus­kan nafas terakhir pada jam 4.40 pagi di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada Rabu dan jenazahnya diterbangk­an ke Kuching menggunaka­n Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie 130 Hercules.

Pesawat TUDM itu berlepas dari TUDM Subang dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada jam 4.25 petang hari sama, selepas diberi penghormat­an terakhir oleh pemimpin-pemimpin negara di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Jenazah Tun Taib seterusnya dibawa ke kediamanny­a di Demak Jaya, Jalan Bako.

Semalam, jenazah dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormat­an terakhir mulai jam 8 hingga 11.30 pagi.

Jenazah kemudianny­a dibawa ke Masjid Demak untuk disolatkan sebelum dikebumika­n di tanah perkuburan keluargany­a di Demak Jaya.

 ?? ?? TUN WAN JUNAIDI
TUN WAN JUNAIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia