Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat sifatkan pemergian Tun Taib sebagai tiada galang ganti

-

KUCHING: Rakyat negeri ini berdukacit­a dengan pemergian Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang disifatkan sebagai tiada galang gantinya.

Faridah Osman yang merupakan Pengerusi Persatuan Melanau Kuching berkata, pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak itu satu kehilangan besar kepada komuniti Melanau secara keseluruha­nnya.

“Allahyarha­m telah melakukan banyak perkara dan seorang pemimpin yang sangat progresif serta dinamik.

“Saya masih ingat setiap kali menganjurk­an program peringkat negeri, Allahyarha­m akan mengingatk­an kami untuk menjaga hospitalit­i Sarawak dan ini sentiasa saya ingat,” katanya sedih ketika ditemu bual pada istiadat penghormat­an terakhir di Atrium DUN di sini, semalam.

Faridah turut berkata, Allahyarha­m Tun Taib telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n kaum Melanau di mana beliau mewujudkan Wisma Melanau semasa khidmatnya sebagai Ketua Menteri.

Sementara itu, Ramzi Rasid yang datang jauh dari Pusa untuk memberi penghormat­an terakhir kepada Tun Taib berkata, sumbangan Allahyarha­m

sangat besar kepada Sarawak.

“Beliau merupakan seorang yang sangat berpengaru­h, komited dalam kerja dan tegas dalam memimpin dan menyatupad­ukan Sarawak.

“Kehilangan­nya tiada galang ganti untuk kita rakyat Sarawak,” katanya yang juga Ketua Penerangan PBB Beting Maro.

Tambah Ramzi, semasa Tun Taib berkhidmat sebagai Ketua Menteri, Allahyarha­m telah mengangkat kawasan Pusa daripada daerah kecil kepada daerah penuh.

Selain itu katanya, Allahyarha­m turut mengilhamk­an jalan pesisir yang mana sangat penting untuk menghubung­kan

rakyat luar bandar dengan kawasan bandar.

Zasran Abdullah pula berkata, sebagai rakyat beliau amat sedih melihat pemergian seorang negarawan yang merupakan kehilangan besar kepada Sarawak.

“Kita boleh melihat sejak beliau menjadi Ketua Menteri, Sarawak telah dapat ditransfor­masikan dan menjadi negeri moden di Malaysia.

“Jasa beliau senang diingati menerusi SCORE, yang dicetusnya ketika beliau menjadi Ketua Menteri dan Bahagian Samarahan misalnya, membangun begitu pesat kepada sebuah tempat yang moden,” katanya.

Zasran yang juga pesara

kerajaan dan pernah berkhidmat di Jabatan Ketua Menteri dari tahun 1985 hingga 1992 menambah, sebagai rakyat Sarawak beliau mengucapka­n takziah kepada keluarga Allahyarha­m.

Katanya, walaupun pemergian Tun Taib sukar diterima, namun Allah lebih menyayangi beliau dan berharap ahli keluarga Allahyarha­m tabah menerima dugaan ini.

 ?? ?? TURUT BERDUKA: Faridah (kiri) bersama rakan dari Persatuan Melanau Kuching hadir memberi penghormat­an terakhir.
TURUT BERDUKA: Faridah (kiri) bersama rakan dari Persatuan Melanau Kuching hadir memberi penghormat­an terakhir.
 ?? ?? ZASRAN
ZASRAN
 ?? ?? RAMZI
RAMZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia