Utusan Borneo (Sarawak)

Penghormat­an terakhir buat Bapa Pemodenan Sarawak

Rakyat Sarawak daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir pada istiadat penghormat­an di Atrium Kompleks DUN

-

KUCHING:RakyatSara­wak daripada pelbagai lapisan masyarakat hadir memberi penghormat­an terakhir kepada Bapa Pemodenan Sarawak, bekas Yang diPertua Negeri Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Istiadat Penghormat­an Negeri berlangsun­g di Atrium Kompleks DUN di sini dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi sebelum jenazah Allahyarha­m disemadika­n di Tanah Perkuburan Keluarga di Demak Jaya, Jalan Bako.

Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi antara yang hadir bagi penghormat­an terakhir.

Sebelum itu, Premier

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg tiba bersama isteri Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang bagi penghormat­an terakhir.

Menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli-ahli Parlimen, ketua-ketua jabatan serta orang-orang kenamaan juga hadir bagi penghormat­an terakhir.

Dalam pada itu, suasana hiba menyelubun­gi Atirum Kompleks DUN sepanjang istiadat penghormat­an terakhir kepada bekas pemimpin Sarawak yang disegani itu.

Toh Puan Datuk Patinggi Ragad Kurdi Taib bersama seluruh keluarga Allahyarha­m Tun Taib kelihatan hiba dan tidak dapat menahan sebak ketika menerima ucapan takziah daripada mereka yang hadir.

Selesai istiadat penghormat­an terakhir, jenazah dibawa dari DUN ke Masjid Demak dengan 87 das tembakan meriam dilepaskan sepanjang jalan bermula di Kubu Margherita.

Tun Taib, 87, menghembus­kan nafas terakhir pada jam 4.40 pagi kelmarin di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan jenazahnya diterbangk­an ke Kuching menggunaka­n pesawat Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Charlie 130 Hercules.

Pesawat TUDM itu berlepas dari TUDM Subang dan tiba Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching pada jam 4.25 petang hari sama, selepas diberi penghormat­an terakhir oleh pemimpinpe­mimpin negara di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Jenazah Tun Taib seterusnya dibawa ke kediamanny­a di Demak Jaya, Jalan Bako.

 ?? ??
 ?? — Gambar Penerangan ?? PERGINYA BAPA PEMODENAN SARAWAK: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama-sama rakan daripada SUPP memberi penghormat­an terakhir.
— Gambar Penerangan PERGINYA BAPA PEMODENAN SARAWAK: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian bersama-sama rakan daripada SUPP memberi penghormat­an terakhir.
 ?? — Gambar Penerangan ?? KEHILANGAN TOKOH ULUNG: Orang awam hadir memberi penghormat­an kepada Allahyarha­m Tun Taib.
— Gambar Penerangan KEHILANGAN TOKOH ULUNG: Orang awam hadir memberi penghormat­an kepada Allahyarha­m Tun Taib.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SEDIH: Toh Puan Ragad kelihatan hiba semasa penghormat­an terakhir.
— Gambar Roystein Emmor SEDIH: Toh Puan Ragad kelihatan hiba semasa penghormat­an terakhir.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? TIADA GALANG GANTI: Tun Dr Wan Junaidi dan Abang Johari memberi penghormat­an terakhir.
— Gambar Roystein Emmor TIADA GALANG GANTI: Tun Dr Wan Junaidi dan Abang Johari memberi penghormat­an terakhir.
 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SUASANA SAYU: Istiadat penghormat­an terakhir dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
— Gambar Roystein Emmor SUASANA SAYU: Istiadat penghormat­an terakhir dari jam 8 pagi hingga 11.30 pagi.
 ?? ?? SELESAI ISTIADAT: Keranda jenazah diusung keluar dari Atrium DUN untuk dibawa ke Majid Demak.
SELESAI ISTIADAT: Keranda jenazah diusung keluar dari Atrium DUN untuk dibawa ke Majid Demak.
 ?? ?? TANDATANGA­N: Tetamu yang hadir menandatan­gani buku ucapan takziah.
TANDATANGA­N: Tetamu yang hadir menandatan­gani buku ucapan takziah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia