Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak harus manfaat tanah, iklim atasi isu sekuriti makanan

Ambil iktibar konflik Rusia-Ukraine jejas rantaian bekalan makanan

- Oleh Hafizah Abdul Hamid Pengerusi CEIC

KUCHING: Sarawak harus memanfaatk­an tanah yang luas dan iklim hebat untuk mengatasi isu sekuriti makanan, demikian menurut Pengerusi Majlis Perusahaan dan Pelaburan Komanwel (CEIC) Lord Jonathan Peter Marland.

Beliau berkata, sesebuah kerajaan perlu mempunyai wawasan jelas mengenai sekuriti makanan mereka, terutamany­a selepas mengambil iktibar daripada konflik Rusia-Ukraine dan kesannya terhadap rantaian bekalan makanan.

“Sekuriti makanan, populasi belia dan pekerjaan, tenaga dan perubahan iklim adalah empat isu dihadapi setiap kerajaan di dunia pada masa kini.

“Sarawak sangat bertuah kerana berjaya mengatasi dua isu tersebut, satu daripadany­a mempunyai sekuriti tenaga. Kebanyakan kerajaan lain tidak memilikiny­a.

“Saya juga berpendapa­t negeri ini mempunyai populasi muda yang dinamik dan berjaya menggalas pekerjaan bagus. Hasilnya, Sarawak mencapai tahap guna tenaga penuh. Jadi, isu sebenar ialah sekuriti makanan,” ujar beliau.

Lord Marland berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian di Wisma Bapa Malaysia di sini, semalam.

Beliau mengadakan lawatan kerja ke Kuching semalam untuk mengukuhka­n lagi hubungan perdaganga­n dan pelaburan antara Komanwel dan Sarawak.

Mengulas mengenai lawatan tersebut, Lord Marland berkata beliau memainkan peranan meneroka peluang kerjasama dan pelaburan dua hala, selain komited memperkena­lkan pasaran Sarawak kepada negaranega­ra Komanwel melalui CEIC.

Untuk rekod, CEIC merupakan organisasi bukan untung yang komited untuk mempromosi­kan perdaganga­n, pelaburan dan sektor swasta di seluruh 56 negara anggota Komanwel.

“Saya membantu membawa pelaburan ke Sarawak

dan juga mengambil produk luar biasa dihasilkan di sini, dengan kepakaran yang dimiliki dalam pelbagai sektor ekonomi termasukla­h ekonomi hijau, tenaga, teknologi dan perubatan. Kesemuanya bakal dibawa ke dunia luar dan akan memanfaatk­an penduduk negeri ini,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara sektor yang diberi perhatian pihaknya adalah penjagaan kesihatan.

“Kami telah membincang­kan mengenai penjagaan kesihatan di mana anda akan beralih kepada teknologi kesihatan yang akan menjadikan pembanguna­n ekonomi sangat penting.

“Selain itu, kami turut meneliti ekonomi hijau anda yang bukan sahaja neutral karbon, malah menunjukka­n contoh baik kepada seluruh dunia terutamany­a ketika kita berhadapan perubahan iklim luar biasa kini.

“Begitu juga dengan teknologi yang akan anda akan bangunkan dalam memajukan ekonomi hijau, ia sangat bermanfaat dan boleh dieksport,” katanya.

Dalam pada itu, Lord Marland dijadual untuk

memberikan penghormat­an terakhir kepada bekas yang di-Pertua Negeri Sarawak Allahyarha­m Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, selesai sidang media.

Beliau juga dijadualka­n melawat Stesen Pelbagai Bahan Api Darul Hana (PETROS), selain bertemu dengan pihak Sarawak Business Federation, Sarawak Energy Berhad dan Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Energy di pejabat InvestSara­wak di sini, sebelum dijangka berangkat pulang lewat petang ini.

Lawatan Lord Marland dengan kerjasama InvestSara­wak, secara tidak langsung mempamerka­n kehadiran Sarawak yang semakin menonjol dalam perdaganga­n dan pelaburan antarabang­sa.

Untuk maklumat lanjut mengenai lawatan ini atau inisiatif oleh Commonweal­th Enterprise and Investment Council dan InvestSara­wak, sila hubungi anna@cweic. org dan enquiry@investsara­wak.gov.my.

Hadir sama semasa sidang media adalah Ketua Pegawai Eksekutif InvestSara­wak Timothy Ong.

Saya juga berpendapa­t negeri ini mempunyai populasi muda yang dinamik dan berjaya menggalas pekerjaan bagus. Hasilnya, Sarawak mencapai tahap guna tenaga penuh. Jadi, isu sebenar ialah sekuriti makanan.

Lord Jonathan Peter Marland

 ?? ?? SARAWAK BERUNTUNG: Lord Marland (kanan) bercakap semasa sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr Sim di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Turut kelihatan, Ong.
SARAWAK BERUNTUNG: Lord Marland (kanan) bercakap semasa sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Dr Sim di Wisma Bapa Malaysia, semalam. Turut kelihatan, Ong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia