Utusan Borneo (Sarawak)

KRT aktif laksana pelbagai program kemasyarak­atan wajar diiktiraf

-

Majlis pelantikan ahli-ahli Rukun Tetangga merupakan tanda pengiktira­fan atas sumbangan dan jasa mereka yang telah melaksanak­an pelbagai program kemasyarak­atan untuk memupuk persefaham­an, kerjasama serta hubungan perpaduan masyarakat pelbagai kaum di bahagian ini.

Pegawai Perpaduan Bahagian Bintulu Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Khairunnis­a Idil berkata, dengan adanya KRT akan memudahkan ahlinya berkumpul dan bersua muka untuk mengenali antara satu sama lain.

Katanya, ia juga memudahkan kita untuk terus mengaktifk­an KRT seperti KRT Taman Bandar Jaya Bintulu ini.

“Sambutan perayaan bersama dengan rakan-rakan yang berlainan etnik anjuran KRT pula merupakan langkah terbaik mewujudkan suasana harmoni,” katanya berucap merasmi sambutan Tahun Baharu Cina dan menyempurn­a penyampaia­n sijil pelantikan Ahli Jawatakuas­a KRT Taman Bandar Jaya sesi 2024-2025 di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Khairunnis­a berkata, penganjura­n sambutan perayaan seumpamany­a bukan sahaja mewujudkan pengalaman baharu bagi ahli dalam komuniti bahkan meraikan keplbagaia­n perayaan di kawasan rukan tetangga.

“Saya juga ingin mengucapka­n syabas dan tahniah kepada KRT Taman Bandar Jaya Bintulu kerana berjaya mengaktifk­an KRT serta

mampu melaksanak­an pelbagai program sepanjang tahun 2022-2023.

“Besarlah harapan saya agar KRT Taman Bandar Jaya terus mengukuhka­n kerjasama seumpamany­a dan dikekalkan untuk pelbagai program yang diadakan pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi KRT Taman Bandar Jaya Kapitan Ngo Pen Hee dalam ucapannya berkata, KRT tersebut yang disertai ahli jawatankua­sa pelbagai etnik akan terus diperkukuh sebagai pertubuhan yang menyanjung tinggi dan memelihara keharmonia­n pelbagai kaum di bahagian ini.

Menurutnya, ia berdasarka­n kepada keanggotaa­nnya yang disertai etnik kaum Cina, Iban, Melayu, Melanau, Kelabit, Kenyah dan Penan yang tiada halangan untuk

bergaul mesra.

Ngo berkata, Taman Bandar Jaya merupakan kawasan perumahan luas yang mempunyai 900 kediaman yang didiami penduduk pelbagai kaum dan memiliki kemudahan serba lengkap, antaranya, padang bola sepak, kemudahan lampu di laluan pejalan kaki dan gelanggang bola keranjang.

Katanya, pihaknya bercadang untuk membina pelantar berbumbung di padang bola sepak dengan memohon kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bagi membolehka­n penduduk berteduh ketika hujan dan panas semasa beriadah di kawasan itu.

Berkenaan majlis itu katanya, ia untuk mengeratka­n hubungan baik antara pelbagai kaum di taman perumahan ini dan kali pertama

diadakan sejak penubuhan KRT tersebut yang aman akan diteruskan penganjura­nnya pada masa depan.

Katanya, turut diadakan ialah anugerah galakan akademik khas untuk anakanak taman perumahan itu yang ditaja oleh Penasihat KRT Taman Bandar Jaya Penghulu Datuk Chai Shong Phian.

“Kita berharap anak-anak yang menerima anugerah ini akan belajar bersungguh­sungguh untuk mencapai keputusan yang lebih baik,” katanya.

Pada masa sama KRT Taman Bandar Jaya katanya, akan meneruskan khidmat sosial untuk masyarakat seperti kempen derma darah berkala setiap tiga tiga bulan untuk menampung keperluan Tabung Darah Hospital Bintulu.

 ?? ?? TERIMALAH: Khairunnis­a (kanan) menyampaik­an sijil pelantikan AJK KRT Taman Bandar Jaya 2024-2025 kepada Winifred Daniel sambil disaksikan Ngo (kiri).
TERIMALAH: Khairunnis­a (kanan) menyampaik­an sijil pelantikan AJK KRT Taman Bandar Jaya 2024-2025 kepada Winifred Daniel sambil disaksikan Ngo (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia