Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti pembakaran terbuka di Lawas perlu dihentikan, kata Henry

-

Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong mahu semua aktiviti pembakaran terbuka di Lawas dihentikan segera bagi mengelak berlakunya kebakaran besar.

Beliau berkata, penduduk di Lawas khususnya di kawasan Banting, kawasan berpendudu­k padat seperti Awat-awat, Punang dan Kuala Lawas diingatkan agar tidak melakukan pembakaran terbuka.

“Kita sekarang berdepan musim kemarau yang agak serius kerana sudah tiga minggu hujan tidak turun membasahi Lawas dan cuaca kering ini telah menyebabka­n kebakaran berskala besar di Kampung Banting.

“Saya meminta kerjasama penduduk di Lawas agar tidak membuat sebarang aktiviti membakar di kawasan masing-masing,” katanya kepada media sewaktu melawat Pusat Operasi Bomba dan Penyelamat Lawas di Jalan Kampung Banting berhampira­n Ibu Pejabat Polis Daerah Lawas yang baharu, semalam.

Seterusnya Henry merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada Bomba dan Penyelamat Lawas atas kerja keras mereka.

“Kita juga minta bantuan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk membekalka­n air menggunaka­n lori tangki air dan meminta mereka untuk meningkatk­an tekanan air bagi membantu operasi pemadaman api serta membolehka­n penduduk di kawasan terjejas untuk turut membasahka­n tanah gambut mereka.

“Pada masa ini api bergerak di bawah tanah dan apabila angin kencang maka api akan marak semula ke permukaan,” tambahnya.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Lawas DSP Liong Tindan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang Chong Bui Chyan, Pegawai Operasi Zon Tujuh Limbang Clarence D.Primus Tiandun dan Exco Pergerakan Pemuda Parti PBB Sarawak merangkap Exco SABERKAS Sarawak Steve Lius.

 ?? ?? PERLU DIKEKANG: Henry (dua kiri) dan Liong mendengar penjelasan daripada Chong (dua kanan) dan Clarence (kanan) mengenai operasi pemadaman kebakaran di Kampung Banting.
PERLU DIKEKANG: Henry (dua kiri) dan Liong mendengar penjelasan daripada Chong (dua kanan) dan Clarence (kanan) mengenai operasi pemadaman kebakaran di Kampung Banting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia